Wednesday, 27 January 2016

Kata hati

Wordless wednesday.


Tuesday, 26 January 2016

Resipi @byfatihahct : Ketam telur masin

Assalamualaikum.

Hari sabtu aritu.
Otw nak g sekinchan tersinggah ke kuala selangor.
Saja nak usha2 seafood segar.
Mak aii banyak betul ikan, udang, ketam, banyak lagila. 
Semua segar dan harga berpatutan sangat.
Banyak betul aku memborong ikan, udang dan ketam.
Tapi semua ma yang bayar.
Terima kasih banyak2 ma sebab belanja, murah rezeki ma.
Start hari sabtu ke hari isnin semua masakan berasaskan seafood.
My feveret food is seafood... ngegege

Kat sini saya nak share resepi ketam telur masin ala saya.

Bahan-bahan
4 ekor ketam
Tepung jagung
Garam
Serbuk kunyit

3 helai daun kari
3 biji telur masin

2 sudu mentega
2 ulas bawang merah (saya guna bawang merah yang bersaiz besar)
3 biji cili padi (terpulang pada masing2 kalau suka pedas letakla byk2)
2 sudu susu cair
Sedikit gula (ikut suka hati nak letak ke tak)

Cara masak
Satukan tepung jagung, garam secukup rasa, sedikit serbuk kunyit dan gaul sehingga sebati. Celupkan ketam ke dalam tepung tadi.
Panaskan minyak dan goreng ketam tenggelam dalam minyak, sehingga garing.

Tumbuk bawang dan cili sehingga lumat.
Rebuskan telur masin tadi. Kemudian lenyekkan sehingga hancur dan masukkan susu serta gaul sehingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula, jika perlu.


Dalam kuali lain, cairkan mentega dan tumiskan bersama bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan garing sedikit. Masukkan daun kari dan telur masin dan kacau lagi.

Akhir sekali masukkan ketam yg digoreng tadi dan gaulkan bersama2 bahan yang ditumis.

Sedia untuk di santap.




nota kakicagu : jom share resipi kat sini.