Thursday, 21 April 2016

Project DIY

Assalamualaikum

Hi uols,


Dah lama tak update blog ni.

Berhabuk dan bersawang jadiknya.
Ni nak citer project terbaru nak kena siapkan, tapi belum start pn lagi nih.
Kadang rajin tu datang, ramai pulak tukang tolong nya.
Bila malas datang, dok bertangguh2 sampai tak buat2 pn lagik.
Apa ko dok merepek ni...hiks
Project jahitan sebenarnya.
Adala 4 mende nak buat.
Kain cotton dan alas dah beli, cuma nak tunggu mood tu je tak datang2 lagi...ha3





Kredit to Pakcik Google

1) Toddler blanket DONE   will update soonest in next entry!!!!                                   

2) Nursing cover
3) Extra safety support for baby carrier (nama ni aku hentam je)
4) Set sarung tilam bayi (tilam dah ada cuma nak tukar sarung je)

3 more to go...go mummy go!!!!!!!



Cam banyak je dalam list. 

Mampu ke...doakan saya ya mommy2 semua.



Notakakicagu: Kalau nak senang beli je la kan, watpe nak susahkan diri...hi3
Tapi kat luar tu mahal sangat, sekarang selagi boleh jimat kita jimat ya. Kurangkan pembaziran, lagipun nak buat ala kadar je. Practise make perfect bak kata omputih.



Wednesday, 27 January 2016

Kata hati

Wordless wednesday.


Tuesday, 26 January 2016

Resipi @byfatihahct : Ketam telur masin

Assalamualaikum.

Hari sabtu aritu.
Otw nak g sekinchan tersinggah ke kuala selangor.
Saja nak usha2 seafood segar.
Mak aii banyak betul ikan, udang, ketam, banyak lagila. 
Semua segar dan harga berpatutan sangat.
Banyak betul aku memborong ikan, udang dan ketam.
Tapi semua ma yang bayar.
Terima kasih banyak2 ma sebab belanja, murah rezeki ma.
Start hari sabtu ke hari isnin semua masakan berasaskan seafood.
My feveret food is seafood... ngegege

Kat sini saya nak share resepi ketam telur masin ala saya.

Bahan-bahan
4 ekor ketam
Tepung jagung
Garam
Serbuk kunyit

3 helai daun kari
3 biji telur masin

2 sudu mentega
2 ulas bawang merah (saya guna bawang merah yang bersaiz besar)
3 biji cili padi (terpulang pada masing2 kalau suka pedas letakla byk2)
2 sudu susu cair
Sedikit gula (ikut suka hati nak letak ke tak)

Cara masak
Satukan tepung jagung, garam secukup rasa, sedikit serbuk kunyit dan gaul sehingga sebati. Celupkan ketam ke dalam tepung tadi.
Panaskan minyak dan goreng ketam tenggelam dalam minyak, sehingga garing.

Tumbuk bawang dan cili sehingga lumat.
Rebuskan telur masin tadi. Kemudian lenyekkan sehingga hancur dan masukkan susu serta gaul sehingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula, jika perlu.


Dalam kuali lain, cairkan mentega dan tumiskan bersama bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan garing sedikit. Masukkan daun kari dan telur masin dan kacau lagi.

Akhir sekali masukkan ketam yg digoreng tadi dan gaulkan bersama2 bahan yang ditumis.

Sedia untuk di santap.




nota kakicagu : jom share resipi kat sini.