Wednesday, 7 October 2015

Berusaha Mencari Rezeki Yang Halal



Assalamualaikum.


Hi,



Aku ada anak 3. Aku kerja gaji Rm1800. Orang rumah aku kerja gaji Rm3000. Ada tanggungan rumah dan kereta lagi, susu, pampers, belanja dapur, pengasuh anak-anak, bil api air, minyak ulang-alik kerja. Aku mengaku banyak isi rumah bini aku yg tolong bayar.


Sampai hujung bulan kitorang selalu sesak. Kereta kadang sangkut tak bayar. Walaupun aku ada buat part time hantar buah potong, masih tak cukup. Sampai Allah uji anak bongsu aku yg kecik tu sakit, aku suruh bini aku berhenti kerja jaga anak. Takpelah tawakal walaupun kitorang tengah sesak, tapi anak aku lagi penting.


Ajaibnya, tiga bulan dekat empat bulan dah bini aku tak kerja, semua berlalu dengan mudah. Kereta boleh bayar, rumah, keperluan sekeluarga semua cukup. Kitorang siap hujung minggu makan luar padahal selama ni punyalah payah. Makan pakai family serba lengkap, siap ada duit lebih aku kirim kat mak aku. Padahal gaji aku kecik je, tambah dengan Rm300 hasil jual buah potong. Rasa berkat sikit rezeki.


Sekarang baru aku faham, nafkah tu memang tanggungjawab suami, kalau Allah dah kata komitmen suami, Allah akan cukupkan jugak walau isteri tak kerja, tak tolong kita. Berkat isteri duduk rumah terasa sangat, balik ada masa dengan family, anak-anak sambut depan pintu padahal sebelum ni masing-masing penat, rumah sunyi. Sekarang aku faham, yg Allah bagi kita kecukupan sesuai dengan keadaan kita, kalau kita rasa tak cukup, maka tak pernah cukup.


Percaya yg Allah selalu tolong hambanya, lebih lagi kalau kita ikut fitrah yg Allah tetapkan.

.....





Cerita ni sy copy paste je daripada FB (kredit to this person who wrote this story)


Kalau ada sesiapa diluar sana yang berniat untuk carik side income boleh whatsapp atau email suami saya di 

019-2179957 or shukeritalib@gmail.com dia akan guide anda caranya In Sha Allah. If berminat untuk gandakan duit EPF daripada akaun 1 pun boleh, mudah dan senang. Saya berani bagitahu sebab saya pun invest juga dan senang untuk kita monitor daripada semasa ke semasa.







PESANAN:


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.


Huraian Hadith:


Pengajaran Hadith:


i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.

Ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.

iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.