Friday, 18 September 2015

Last Minit

Assalamualaikum.
Sape kat sini suka buat keje last minit???...cepat angkat tangan..eh takde ke..tipula tu...pang kang...hiks
Nak citer sikit ni bukan pasal orang lain k...tapi aku sendiri...
Lately suka nauuu buat keje last minit...
Tabiat ni bukan baru sekarang tapi dari zamang stadi lagi...
Aku bukan malas tapi siyes aku tak de idea bila nak buat awal2...kalau ada pun ciput sangatla idea tu...tapi bila last minit tetiba pulak idea mencurah2 bab kata omputih brilliant idea..
Aku dulu buat projek FYP dengan dekan tau as supervisor, tapi tetapla siapkan projek last minit.
Tiap kali nak jumpa dekan untuk present progress project, time tula ketaq kepala lutut. Tapi Alhamdulillah dekan aku kan selalu sibuk so tak sempat nak tanya banyak..tanya sikit2 aku jawabla sikit2....hiks
Tapi Alhamdulillah aku dapat supervisor yang sangat supportive dan understanding, banyak ilmu yang aku dapat daripada beliau. Thank you Dr. Bad. Walaupun sekarang ni di guna pung dalam bidang kerja ku.
Tapi tolongla kepada adik2 kat luar sana jangan tiru bad habit hakak ni sebab kadang perangai last minit ni boleh mengundang perkara yang tidak baik jugak.
Lately ni terbawak2 pulak kat tempat kerja perangai lama ni, sebelum2 ni aku mmg on time buat kerja, mmg details la kerja aku, bkn on time tp awal la pulak daripada timeline...terlebih rajin la pulak.
Tapi sekarang ni aku rasa macam semua nak buat last minit, satu sebab banyak idea, lagi satu sebab aku rase tak ada appreciation sangat daripada boss. Macam semua mende yang aku buat tak dihargai sangat padahal...Semua kerja campak kat aku, penat sangat dah rasenya...eh dah macam luahan perasaan la plak...
Ni bahaya kalau citer lebih2 lagi nanti ada pulak ofismate aku yang baca..tak ke haru hakak...nasibla...kat office pun banyak politik.



Notakakicagu : 

Hamba yang lemah seperti saya juga ada buat salah, saya juga pernah buat kerja di penghujung masa akhir. Situasi ini sememangnya saya tak boleh lari dan paksa menghadapinya. Tapi saya cuba belajar dan memperbaiki kelemahan melalui pengalaman dari semasa ke semasa.












No comments: