Thursday, 27 August 2015

Majlis kesyukuran a.k.a makan-makan sempena raya

Hi,

Dah abis raya pun masih nak cerita pasal raya...
Suka hati makla sbb ni blog mak...hiks.

Nak cerita pasal jamuan raya yang last minit punya decision. 
Sume last minit...plan nak buat tu dah lama, dari tahun lepas lagi..tapi tak jadi2..
Dari seminggu ke seminggu...last2 ammar demam dekat seminggu...dok pk2 cam penat je.
Hari Khamis or Jumaat tu decide nak buat jamuan tapi buat majlis kesyukuran je...panggil kawan2 yang rapat.
Tak berani nak jemput jiran2 jalan 8 sebab takut tak cukup makanan...hiks
Cuma jiran 2 3 bijik rumah je dapt jemputan...maaf ye jiran2 yg lain.
In Sha Allah ada rezeki kami buat kenduri akikah ramai2 kami jemput satu taman.

Nak dijadikan cerita, tempah kek dan brownies awal2 lagi, sebab memang dah tahu tak sempat nak masak kuih-muih sendiri. Itu je la yang sempat tempah pun...bajet pn limited...hiks lagi.
Plan asal macam2 mende nak masak, tp disebabkan ketidakcukupan kakitangan. 
So, kami buat mengikut kemampuan je.
Hari Ahad majlis makan2, sabtu tu baru nak carik barang segala...penat sehhh...mujurla ada aishah yang sudi datang untuk membantu. Tqsm aishah.
Kepada En Suami yang sangat membantu meringankan tugas saya, tqsm and luvusomuch, jasamu tidak ternilai dan kepada anak2 yang memahami dan sporting ayahummi luvusomuch.

Meh kita tengok gambar antara tetamu yang sudi menghadirkan diri ke majlis kecik kami.

Antara kawan2 ofis yang hadir.









Gang WPCM En Suami...dah suruh masuk dalam rumah, tapi diaorg lebih selesa dok lepak kat luar rumah. Abaikan meja yang kosong, sebab segala makanan kat dalam rumah.

Tuan rumah pun sibuk nak dok kat luar sekali...hiks.
 Meja hidangan...



Antara juadah yang kami sediakan.

Terima kasih atas kehadiran semua. Maaf sekiranya ada kekuranga dalam penyediaan makanan, layanan mahupun tempat. Akhir kata (sila baca kat kek ya...hiks)


Ada rezeki kami buat lagi. Rezeki yang sikit kalau dikongsi In Sha Allah akan jadi banyak. Amin.


Notakakicagu:
Gambar kat atas semua atas belas ihsan kawan2, tuan tanah tak sempat nak snap gambar. Gambar jiran2 pn takde. Harap jiran tak baca ya...hiks. 




No comments: