Thursday, 27 August 2015

Majlis kesyukuran a.k.a makan-makan sempena raya

Hi,

Dah abis raya pun masih nak cerita pasal raya...
Suka hati makla sbb ni blog mak...hiks.

Nak cerita pasal jamuan raya yang last minit punya decision. 
Sume last minit...plan nak buat tu dah lama, dari tahun lepas lagi..tapi tak jadi2..
Dari seminggu ke seminggu...last2 ammar demam dekat seminggu...dok pk2 cam penat je.
Hari Khamis or Jumaat tu decide nak buat jamuan tapi buat majlis kesyukuran je...panggil kawan2 yang rapat.
Tak berani nak jemput jiran2 jalan 8 sebab takut tak cukup makanan...hiks
Cuma jiran 2 3 bijik rumah je dapt jemputan...maaf ye jiran2 yg lain.
In Sha Allah ada rezeki kami buat kenduri akikah ramai2 kami jemput satu taman.

Nak dijadikan cerita, tempah kek dan brownies awal2 lagi, sebab memang dah tahu tak sempat nak masak kuih-muih sendiri. Itu je la yang sempat tempah pun...bajet pn limited...hiks lagi.
Plan asal macam2 mende nak masak, tp disebabkan ketidakcukupan kakitangan. 
So, kami buat mengikut kemampuan je.
Hari Ahad majlis makan2, sabtu tu baru nak carik barang segala...penat sehhh...mujurla ada aishah yang sudi datang untuk membantu. Tqsm aishah.
Kepada En Suami yang sangat membantu meringankan tugas saya, tqsm and luvusomuch, jasamu tidak ternilai dan kepada anak2 yang memahami dan sporting ayahummi luvusomuch.

Meh kita tengok gambar antara tetamu yang sudi menghadirkan diri ke majlis kecik kami.

Antara kawan2 ofis yang hadir.









Gang WPCM En Suami...dah suruh masuk dalam rumah, tapi diaorg lebih selesa dok lepak kat luar rumah. Abaikan meja yang kosong, sebab segala makanan kat dalam rumah.

Tuan rumah pun sibuk nak dok kat luar sekali...hiks.
 Meja hidangan...



Antara juadah yang kami sediakan.

Terima kasih atas kehadiran semua. Maaf sekiranya ada kekuranga dalam penyediaan makanan, layanan mahupun tempat. Akhir kata (sila baca kat kek ya...hiks)


Ada rezeki kami buat lagi. Rezeki yang sikit kalau dikongsi In Sha Allah akan jadi banyak. Amin.


Notakakicagu:
Gambar kat atas semua atas belas ihsan kawan2, tuan tanah tak sempat nak snap gambar. Gambar jiran2 pn takde. Harap jiran tak baca ya...hiks. 




Friday, 14 August 2015

15 Aug 2015 bersamaan 20 Syawal 1436 Hijrah

Pejam celik pejam celik...esok hari terakhir bulan Syawal.
Apa maknanya eh...
Maknanya no more raya lagi ya...
No more open house on Sunday....sob2
Kembali sepertia biasa...ko jgn nak mkn pree je ek...hiks
Last week kat rumah kami ada wat makan2 kecik2 je...nanti citer ya.
Tapi yang bestnya esok ada lagi 3 jempuitan ke open house...yeayyyyy.
Kat Kota Damansara, Mantin dan Tmn Seri Alam.

Jauh wooo mantin tu...tapi kena pergi jugak sebab ini kawan en suami.
Kalau kami invite dia ni tak pernah tak datang.
Segan weii dah 2 kali dia jemput tak pernah pergi, ada je hal yang tak dapat dielakkan.

Itu je la nak cerita...
Tak sabar nak makan makan n makan lagi esok...hari terakhir leh makan yang sedap2 free plak tu...muahahaha.

Ngantuknya. zzzzzzz.


Wednesday, 12 August 2015

Fiske Steakhouse Au2

Hi,

Citer lama ni, dah kepam dah.
Tapi nak citer jugak.
Bila start nak tulis idea semua ke laut.
Sekarang baru ada mood nak tulis...hiks

Al-kisah en suami ajak pergi berbuka kat restoran ni.
Ni cerita puasa ok.dah nak abis raya dah ni...sila jangan muntah k.
Berbuka puasa dengan gang2 band jamming...hiks
Kalau ikutkan jauh jugak jarak restoran ni dengan rumah tapi disebabkan kami ada misi dan diselesaikan sebelum tu, itu yang membuatkan saya lagi excited utk pegi situ.

Hurm...kami sampai ke restoran tu agak lewat jugakla, dah hampir nak berbuka.
Punyalah payah nak dapat parking, mujur tak give-up. Lat sekali double park. 
1st time masuk restoran ni, mak ai ramai gilers orang.. 1st impression...mesti makanan kat sini sedap gilers bai.
Carik meja pun tak jumpa, tanya staff restoran, meja yang paling panjang katanya.
Wow ramai ropernya yang join majlis bukak pose ni. 
Dahla sampai lambat meja kosong pulak kat celah2 orang...sabau jela...nak mintak laluan pun susah...hurm
Mood makan pun kelaut bai. Makanan sampai dulu sebelum air sampai. Lama giler, dok tanya banyak kali pn memasing wat tatau je, maybe lapor sangat kot...hurm.
Rasa makanan biasa2 je, below expectations...hurm lagi.
Jarak antara meja makan kat situ sangat sempit dan tak selesa... 1st and last kot berbuka kat

sini...hurm sekali lagi.

Dah abis makan tunggu nak bayar pulak...lepak la kaum ibu kat situ, sambil menuggu kaum bapak beratur nak membayar. Harga lupa la berapa.

Lepas tu sesi bergambar beramai2 untuk kenangan anak cucu cicit... maybe mereka boleh sambung legacy bapak memasing, band jamming 2 pulak ke...hiks.

Gambar ramai2. tak jelas tapi okla.

Lagi gambar
Bersama blogger asyikin irish



p/s : hope tahun depan boleh berbuka together2 kat tempat lain plak ya.