Friday, 3 July 2015

Meriahkan hari raya dengan Fesyen Kurung Moden 2015

Persiapan raya korang macam mana tahun ni? Baju raya dah ada ke.
Kalau yang dah ada jom kita tambah lagi koleksi yang ada. 
Maklumla hari raya ni kan banyak open house, kenalah melaram sikit berbanding hari biasa...betul ke tidak!...mestilah betul...kan kan.
Kepada yang belum berkesempatan untuk membeli belah jom kita pakat shopping ramai2 kat sini.

Seperti yang kita semua tahu,
Fesyen akan sentiasa berkembang daripada tahun ke tahun sama ada di inovasi kepada gaya yang lebih moden atau akan kembali kepada rekaan yang terdahulu. 
Dan ada kalanya juga, fesyen yang lama akan diberi sentuhan moden dan pada masa yang sama elemen asal sesuatu rekaan tersebut akan dikekalkan. 
Sebagai contoh, fesyen baju kurung. 
Kita semua sedia maklum bahawa fesyen asal baju kurung adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian baju dan bahagian kain. 
Bahagian baju berpotongan longgar dan berpesak serta mempunyai labuh hingga ke paras lutut. Manakala kain pula akan berlipat atau beropol di bahagian tepi.

Ok, itu merupakan elemen asal baju kurung yang dipakai sejak zaman-berzaman dan baju kurung juga tidak terlepas daripada mengalami revolusi fesyen. 
Oleh yang demikian, seperti yang anda lihat, sejak kebelakangan ini pelbagai rekaan baju kurung yang unik dan menarik berada di pasaran. 
Bermula dengan rekaan baju kurung moden, kemudian baju kurung peplum dan diikuti pula dengan mini kurung dan kurung moden kimono.
Untuk tahun ini, terdapat beberapa fesyen kurung moden 2015 yang mendapat perhatian ramai pengemar fesyen seperti berikut;

Meh sini nak share sikit tentang baju raya saya tahun ini.



Back to 60’s. Baju kurung moden ala Saloma yang berpotongan lebih singkat dan mengikut bentuk badan. 

Baju kurung moden yang memberikan sentuhan unik kepada bahagian lengan baju dan ditambah aksesori seperti tali pinggang. 

Baju kurung dengan potongan ala kaftan dimana bahagian baju adalah loose tetapi singkat (atas paras lutut)



Boleh lah ke website kat bawah ni sekarang untuk dapatkan kurung moden 2015 yang cantik2 dan meletops uols ! Cepat sebelum kehabisan stock :)


Shopping raya with love with






p/s : credit to ZALORA for picture taken. Tq



No comments: