Friday, 31 July 2015

Bermalam di Kinta Riverfront Hotel & Suites

Part 1


Percutian yang tidak dirancang sama sekali.
Suami kata sayang next week abg ada meeting kat ipoh.
Saya kata ok, kami ikut sekali...hi3...
meeting pn nak ikut jgk...tak kesahla asalkan kuar drp kesibukan kerja.
Semua last minute...booked hotel pn last minute.

Saya dan suami tak berapa familliar sangat dengan bandar Ipoh.
Jadi kami tak tahu nak duduk kat hotel mana.
Mujurla pakcik google ada untuk membantu dan info daripada kwn saya dan suami. 
Terima kasih semua.

Carik punya carik, survey punya survey...
Maka kami pilih untuk stay kat hotel ni Kinta Riverfront Hotel & Suites.

Credit to Kinta Riverfront Hotel & Suites


Berminat bolehla Call No di bawah:
Tel: +605-245 8888 (Hunting Line), 242 3333
Fax: +605-243 8898, 245 8899 (Front Office), 245 8800 (Sales)
Address: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak.
Email: sales@kintariverfront.com.my 


Bersambung ke next entry....





Tuesday, 7 July 2015

Zalora dtg lagi

Wordless Tuesday.




Cantik2 baju Kurung moden 2105 , rase macam nak beli semua...hiks.








Friday, 3 July 2015

Meriahkan hari raya dengan Fesyen Kurung Moden 2015

Persiapan raya korang macam mana tahun ni? Baju raya dah ada ke.
Kalau yang dah ada jom kita tambah lagi koleksi yang ada. 
Maklumla hari raya ni kan banyak open house, kenalah melaram sikit berbanding hari biasa...betul ke tidak!...mestilah betul...kan kan.
Kepada yang belum berkesempatan untuk membeli belah jom kita pakat shopping ramai2 kat sini.

Seperti yang kita semua tahu,
Fesyen akan sentiasa berkembang daripada tahun ke tahun sama ada di inovasi kepada gaya yang lebih moden atau akan kembali kepada rekaan yang terdahulu. 
Dan ada kalanya juga, fesyen yang lama akan diberi sentuhan moden dan pada masa yang sama elemen asal sesuatu rekaan tersebut akan dikekalkan. 
Sebagai contoh, fesyen baju kurung. 
Kita semua sedia maklum bahawa fesyen asal baju kurung adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian baju dan bahagian kain. 
Bahagian baju berpotongan longgar dan berpesak serta mempunyai labuh hingga ke paras lutut. Manakala kain pula akan berlipat atau beropol di bahagian tepi.

Ok, itu merupakan elemen asal baju kurung yang dipakai sejak zaman-berzaman dan baju kurung juga tidak terlepas daripada mengalami revolusi fesyen. 
Oleh yang demikian, seperti yang anda lihat, sejak kebelakangan ini pelbagai rekaan baju kurung yang unik dan menarik berada di pasaran. 
Bermula dengan rekaan baju kurung moden, kemudian baju kurung peplum dan diikuti pula dengan mini kurung dan kurung moden kimono.
Untuk tahun ini, terdapat beberapa fesyen kurung moden 2015 yang mendapat perhatian ramai pengemar fesyen seperti berikut;

Meh sini nak share sikit tentang baju raya saya tahun ini.



Back to 60’s. Baju kurung moden ala Saloma yang berpotongan lebih singkat dan mengikut bentuk badan. 

Baju kurung moden yang memberikan sentuhan unik kepada bahagian lengan baju dan ditambah aksesori seperti tali pinggang. 

Baju kurung dengan potongan ala kaftan dimana bahagian baju adalah loose tetapi singkat (atas paras lutut)



Boleh lah ke website kat bawah ni sekarang untuk dapatkan kurung moden 2015 yang cantik2 dan meletops uols ! Cepat sebelum kehabisan stock :)


Shopping raya with love with






p/s : credit to ZALORA for picture taken. Tq



Wednesday, 1 July 2015

Pengalaman membeli belah dengan ZALORA

Hamboih tajuk skema betul...kah2.
Saje je senang kan orang search terus ke blog ni... :)
Sebut je pasal Zalora, mesti korang semua dah tahu kan. Tak payahla rasanya nak cerita panjang2 psl sejarah penubuhan segala bagai...korang kalau nak tahu sgt taip je kat google and search.

Ni nak cerita bagaimana aku boleh terjebak dengan Zalora.

Hari isnin baru2 ni. Kebetulan ofismate ada meeting kat luar, so terus ajak dia pergi naelofar boutique. Untuk carik tudung raya katanya. Carik kat ig latest design tudung naelofar.

Dengan hati yang berbunga maka pergila ke butik tersebut dengan harapan dapatla grab tudung terbaru.


Sampai kat sana carik punya carik dan barulah tanya sales girl kat situ rupanya tudung tersebut dijual dalam website Zalora.


Beli jugaklah 2 helai tudung kat butik tu. Tp tetap nak yang kat zalora. hi3...


Lady Angelina namanya...tp skrg ni ada lagi yg latest...huwaaaa.


Berbalik kepada cerita Zalora.


Takut jgk nak beli kat situ sebab ada feedback drp kwn2 yg kurang best. Tetapi ada jgk yg kata bagus.


Beranikan diri click2 dan order. Pilih COD.

Order lbh kurang pkl 3 ptg, esok pg tu dpt call nak hantar barang.
Fast delivery. 

Bukak2 bungkusan tgok barang puas hati dan cantik..siap ada sampul raya drp naelofar by zalora. telah repeat order lagi...kihkih.






Naelofar by Zalora


Jom shopping with love. Terapi buat kaum ibu.