Sunday, 15 April 2012

Selamat Hari lahir suamiku tersayang

Assalamualaikum.

Sebenarnya semalam adalah besday suamiku.
Tak berkesempatan nak tulis entry ni semalam...sori ya bang.
Dikesempatan ni sayang nak ucapkan.
Selamat hari lahir, semoga dipanjang umur untuk melayari bahtera perkahwinan kita bersama2 hingga ke akhir hayat, semoga dimurahkan rezeki, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dikurniakan anak yang ramai...Amin Ya Rabbal Alamin.


Buat suamiku...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab, kerana memberikan masa untuk sayang mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, sayang memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku bang, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan sayang kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Allah kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....




SS: Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin.

5 comments:

Prettywrite said...

selamat ulangtahun jugak untuk suami Tie..:)

SSfatihah said...

thanks..

Keretaku CPS said...

Terima kasih my lovely wife. Abg hargai sesangat...& Happy birthday to you too my dear. Nanti abg bg present yer...tp tgu ckupu bulan laaa...

InaAchik said...

semoga kasih sayang kalian berpanjangan...

SSfatihah said...

Amin...tq