Thursday, 26 January 2012

Sharing is caring: Baik Sangka

Assalamualaikum.

Hye All,

Sekadar untuk berkongsi dan saling ingat-mengingati.

"Berlajarlah untuk berbaik sangka. Dan katakanlah yang baik-baik kepada sesiapa pun meskipun anda tidak suka kerana setiap perkataan itu adalah DOA. Serta berilah nasihat secara berhikmah bukan dengan cara yang kasar, mengutuk, memfitnah dan segala yang negatif."

Jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Mulakan dengan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.

Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [ An-Nur : 12 ]

Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.

Wallahua’lam




ss:  Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin.

No comments: