Tuesday, 24 July 2012

Special gift from my Hubby

Assalamualaikum.


Hye all,


Lamanya tak menaip kt sini.
Alasan yang biasala...bzzz n xde mood nk menulis.
Disebabkan harini hepi sgt2...so smgt ckitla nk menulis.
After 2 yrs saya guna hp nokia, yg byk bjasa, harini sy bertukar ke hp yg baru...guess what?
Hadiah dari my hubby...nk kata surprise, xla kot...sbb hp tu sy yg pilih sendiri...he3
Ucapan untuk Abang tersayang.


"Terima kasih yang tidak terhingga ikhlas untuk Abang atas pemberian yang sangat bermakna ini dan InsyaAllah syg jaga ia dgn baik. Sayang sgt sukakannya. I love you so much Abang, kalau tak dapat hadiah ini pn, Ummi tetap akan sayang Ayah sampai akhir hayat Ummi... Semoga kasih sayang kita akan kekal dan bahagia hingga ke ahir hayat. Amin Ya Rabbal Alamin".


Nak tahu tak hp apa yg sy dapat?...
Inilah rupanya.



Ihsan dari pakcik google

Walopon biasa je bg anda, but special sgt for me. Thanks my dear muahhssss.

Thursday, 19 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Assalamualaikum.

Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!


Selamat datang Ramadhan kepada semua Muslimin dan Muslimat! 

Jangan Menganiaya Orang Lain



Jangan Menganiaya Orang Lain

Hari ni saja aku nak kongsi sedikit tentang orang yang suka menganiaya orang lain. Adakalanya memang aku sendiri rasa dianiaya oleh individu2 tertentu yang selalu nakkan manfaat dan kepentingan diri sendiri hingga sanggup menjatuhkan orang lain. Memang kalo diikutkan kata hati, nak saja menyumpah seranah individu yang sebegini. Tapi sebagai umat Islam, tidak baik kita mendoakan keburukan walau dalam apa jua situasinya.


Nabi S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan Allah berfirman: Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih.

Jika menghadapi situasi begini, apa agak2nya yang boleh kita lakukan. Memang la senang bagi sesetengah orang menasihati kita supaya bersabar, tapi sejauh manakah kesabaran kita ini mampu bertahan dengan kerenah manusia yang suka menganiaya orang lain.


Selalu dalam drama yang kita tonton, doa orang yang teraniaya ini pasti akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T samaada cepat atau lambat. Namun apa yang ditonjolkan harus kita sedari bahawa doa2 itu tidak menjurus kepada doa2 yang tidak baik. Contohnya "semoga dia mati dilanggar lori" atau "semoga keturunannya terseksa" dan macam2 lagi.





Kita boleh berdoa agar ia menjadi sesuatu pembalasan atau berdoa agar individu ini kembali ke jalan yang benar...


Pertama, kita boleh memohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan penganiayaan dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah buat diri kita.


" Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha "


Kedua, kita juga boleh berdoa untuk pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan pada kita.


" Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. "

Dan yang ketiga, Biarkan Allah membalas perbuatan mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.


Pernah menonton ceramah dato' siti nurbayah bersama suaminya dalam rancangan semanis kurma:


"jika kita ada berdosa sesama manusia dan tidak sempat memohon maaf, maka segala kebaikan dan pahala kita akan diberikan kepada insan yang kita zalimi, dan jika masih tidak cukup untuk menebus kesalahan kita, maka kita harus menanggung segala dosa insan yang kita zalimi itu."


Jadi dalam apa jua yang kita lakukan atau apa jua yang ingin kita kecapi, janganlah sampai kita menganiaya orang lain secara langsung atau tidak langsung dan sentiasa saling bermaaf-maafan agar kita terhindar dari azab di akhirat kelak.


P/S : Tak lokek apa pun bila kita merendahkan diri memohon maaf diatas kesalahan yang pernah kita lakukan ^__^



Saturday, 30 June 2012

NO!

Learn to say no; you cannot do everything 
you are asked.





Say No to Stress!



Stress Semasa Hamil - Stress atau tekanan ketika hamil mudah dialami oleh wanita hamil dan ada kaitan dengan faktor hubungan di sekelilingnya seperti dengan keluarga dan teman-teman. Sesuatu kejadian yang tidak terduga seperti berita buruk dan tuntutan pekerjaan turut menjadi punca utama wanita hamil mudah stress. Gejala stress seperti rasa cemas, lelah, takut, sedih, marah atau berduka boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan tekanan darah tinggi yang juga berisiko menyebabkan bayi bermasalah. Tambahan pula dengan keadaan tubuh wanita yang dalam proses kehamilan, memang agak sukar menangani stress dalam waktu ini. Beberapa cara seperti mendekatkan diri kepada tuhan, kaunseling, berhibur dengan orang tersayang antara cara untuk membantu wanita hamil menangani stress. Paling penting adalah sokongan daripada orang-orang yang disayanginya seperti suami dan ahli keluarga untuk membantu mengatasi stress yang timbul.




SS: Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin., 

Sunday, 15 April 2012

Selamat Hari lahir suamiku tersayang

Assalamualaikum.

Sebenarnya semalam adalah besday suamiku.
Tak berkesempatan nak tulis entry ni semalam...sori ya bang.
Dikesempatan ni sayang nak ucapkan.
Selamat hari lahir, semoga dipanjang umur untuk melayari bahtera perkahwinan kita bersama2 hingga ke akhir hayat, semoga dimurahkan rezeki, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dikurniakan anak yang ramai...Amin Ya Rabbal Alamin.


Buat suamiku...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab, kerana memberikan masa untuk sayang mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, sayang memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku bang, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan sayang kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Allah kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....




SS: Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin.

Friday, 6 April 2012

Mood ke Laut (buhsan sgt)

mood harini sgt2 ke laut, tambah2 lg hari jumaat.
nk wat keje malas,
pk nk blk je neh....


ss: mengira waktu nk balik rumah je ni...hu3

Friday, 30 March 2012

Aktiviti wajib hujung minggu

Assalamualaikum...

Hye semua,

Lamanya xupdate blog dah bersawang dan berhabuk...
Saja nk share dgn korang mende yg wajib buat setiap hujung minggu..
Korang rajin tak nk iron baju...mende yg saya paling xsuka buat dr bujang sampai skrg...hu3...
Skrg ni pulak kalau iron baju, saya iron utk seminggu terus, xlarat nk iron hari2..
Kalu bleh saya nak mesin ni...ada sesape nk bagi hadiah tak???.....he3



SS: Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin.

Friday, 24 February 2012

Cabaran baru bakal bermula

Assalamualaikum.


Hye all,


ehsan pakcik google


  1. Evironment keje baru ...pernah 2 3 kali pegi, tp utk attend meeting je la, sunyi sepi je...hu3
  2. Task keje baru ...totally different dgn keje skrg, sgt2 mencabar minda dan emosi (yo yo o je).
  3. Tanggungjawab baru ...bbeza dgn post sy yg sblm neh. bak kata abang, lps ni syg kena berdikari dan xleh bgantung pad abang lg. Abang tahu syg bleh buat yg tbaik. Thanks abg, Abang la kekuatan sayang. Luv U...muahs2. 
  4. Bos baru (wanita)...yg ni aku plg takut (Ya Allah kurniakanlah hambamu ini seorang ketua yang baik hati, bertimbangrasa serta pemurah, Amin Ya Rabbal Al Amin)
  5. Offismate baru ...2 3 org je yg sy kenal, yg lain lum kenal lg. siyes wisau :)
  6. Ni yang saya plg suka...Tempat makan baru (mkn je ko pk eh dush! dush!)


Ada x sesape penah keje dgn bos wanita, jom share?

SS: Semoga dipermudahkan segala urusan  serta diberkati. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, 22 February 2012

Email Ettique

Assalamualaikum.

Hye All,

Dah lama sya tak update blog neh dgn cter2 menarik kan...eh sblm ni cter sy menarik ke?...dush! dush!
Byk nk post pasal jln2 ke terngganu dan melaka...tp siyes tak berkesempatan...bz dgn keje harian kt ofis...kononla kan
Blog pn dah bersawan bersawang...
Saya nk share pasal e-mail ettique...sesuatu yg agak menarik utk dikongsi, bg mereka2 yg suka buat karangan yg pjg2 kt dlm email...entah ada org baca ke tidak! (sila baca ikut cara zizan k)...



Orang yang suka tulis email panjang2 ni mungkin dia pernah dapat A dalam karang BM/ BI kat sekolah dulu kot, sbb tu dia praktikkan kat dalam email.
Mmg bagus tulis pjg2...kalu ada isi xpela... tp isi penting scoet je...
Cukupla tulis sekadar untuk difahami oleh semua orang dan kalau nk tulis panjang lebar mungkin bleh tulis dalam laporan atau attachment...betul x?....kalau tak setuju sila angkat tangan comment k.

Thanks for reading.

Friday, 17 February 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.


2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”


3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.


4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.


5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.


6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.


7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)


8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.


Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...


(Hadis riwayat Anas Bin Malik)


feedback dari Abang kat dalam fb:



Sunday, 29 January 2012

Egg Bennedict

Assalamualaikum.

Hye All,

Sarapan apa pg neh?...
Smlm pg carrefour carik bekas kecik tuk bakar roti...
jumpa yg jenis pkai buang...rembatla 3...
Nk watpe dgn bekas tu?...
Saya teringin nk makan egg benedict tuk sarapan pg...buhsan gak dok layan roti dgn kaya dan naturel je kan...
ini resepi egg beneddict tuk 2 org...

Bahan-bahan;

2 kpg roti
2 biji telur
Black paper
sedikit garam
butter or majerin (saya guna naturel)


Cara-cara

1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.


Jom kita lihat hasilnya

-



-



-


-

;) taraa!





ss: Selamat mencuba!....korang plak mkn pe pg neh?

Thursday, 26 January 2012

Sharing is caring: Baik Sangka

Assalamualaikum.

Hye All,

Sekadar untuk berkongsi dan saling ingat-mengingati.

"Berlajarlah untuk berbaik sangka. Dan katakanlah yang baik-baik kepada sesiapa pun meskipun anda tidak suka kerana setiap perkataan itu adalah DOA. Serta berilah nasihat secara berhikmah bukan dengan cara yang kasar, mengutuk, memfitnah dan segala yang negatif."

Jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Mulakan dengan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.

Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [ An-Nur : 12 ]

Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.

Wallahua’lam




ss:  Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin.

Thursday, 19 January 2012

Jom balik kampung.

Assalamualaikum.

Hye All,

Jom semua kita pakat balik kampung ramai2. CNY da nk dekat neh....ko sambut ke? dush! dush!
Jom jammed kan jalan raya...he3
Dah lama x balik kampung...itu yg mjadikan saya excited terlebih2 neh... bukan nk sambut CNY k...
Balik kampung nk jumpa abah ma adik2 sanak sedara... rindu kt korang semua...huk2...jgn nk sedey2la lempang kang! ;p

Kete impian abang..kasik nampak ckit je...nk kasik dia jeles...hikhik  dush! dush!



ss: Moga Allah permudahkan perjalanan ini. Moga Allah lindungi kami berdua serta keluarga dalam nikmat iman dan rezeki yang halal serta kesihatan yang baik. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sharing is caring: KAWAN DI AKHIR ZAMAN


KAWAN DI AKHIR ZAMAN

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh....

source: kredit to Ruangan Agama


ss: Sama2lah kita semua berusaha dalam memperbaiki diri untuk menghadapi akhirat yang Abadi. 

Sunday, 15 January 2012

Follow my husband bersosial

Assalamualaikum.

Hye all,

Sejak kawen sy xpenah ikut my asben bermain tenis.
Biasanya abang pergi main tenis pd sabtu n ahad.
Dah banyak kali abang a ajak tgok dia main tenis, tp paham2 jelah kn kalu pg hari mgu neh mmg liat ckit.. 
Byk kali saya bjanji nk ikut tp memanjang je xjd...he3..
Pg td berjaya ikut buat pertama kali nya...
Sekali sekala dapat  ikut abang melakukan aktiviti riadah dgn kawan2 adalah sesuatu yg sgt menyeronokn dan mmg sgt best...next time nk ikut lgla... ;)
Jujurnya, saya sendiri tidak kisah memberikan abang sedikit ruang bersama kawan2nya kerana pada masa sama, boleh juga dia meregangkan otot dan melapangkan fikiran daripada stress kerja dan karenah bos di pejabat...
Asalkan abang happy sayang pn akan sentiasa happy...sayang abang sokmo muahs.
Banyak pic yg berjaya sy snap arini...jom layan.






Venue:  Gelanggang Tennis, Kompleks Sukan Negara, Jalan Duta.


SS: Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin.

Wednesday, 11 January 2012

Happy 2012

Assalamualaikum.

Hye All,

I think it is still not too late for me to say Happy New Year 2012 to all who are willing come to my blog. There are three of my big request or "Azam" this year, I hope and pray that I can have it all. InsyaAllah.

So, apa azam korang tahun ni, can we share?



SS: Semoga segala urusan kami berjalan lancar dan diberkati. Amin Ya Rabbal Alamin.

Dealing With a Bad Boss: Strategies for Coping

Assalamualaikum.

Hye all,

Dah lama sgt x berblogging kn. Due to time constraints. Dalam dok bz buat report and stress neh, jom kita motivasi diri sikit.

Don't sacrifice your health or self-esteem
The worst thing you can do is simply to do nothing, hoping the problems will get resolved. No job, boss, or company is worth losing your health, sanity, or self-esteem. If you can't find a way to resolve these issues and/or your boss simply will never change his/her behavior, you should immediately start working your network and begin looking for a new job -- within or outside the organization. Again, if you love the company, a transfer might be the best option -- but keep in mind that your boss might be as evil as to sabotage that transfer. And try not to quit before you find a new job, but again, if work just becomes too unbearable, you may need to consider quitting to save yourself.

credit to pakcik google for this pic