Tuesday, 27 December 2011

Minced Meat in Puff Pastry


Assalamualaikum.

Last week family belah abg dtg bertandang kt umah.
kepala dok serabut pk nk msk apa...
Kredit to blog kakikusukaberjalan sbb bagi idea kat saya utk buat puff pastry ni tuk tetamu2 yg dtg bertandang ke rumah last week.
Sgt senang utk menyediakan puff pastry ini.
Bahan utk pastry semua sama cuma sy ubah dia pya inti sbb abg xsuka mkn tuna dalam tin, so saya gantikan dgn daging cincang je.
Jom layan cara menyediakan hidangan puff pastry ni.

Masak inti

Kulit Patry yg saya guna


Bakar Dalam Oven pada suhu 180* dlm mas 25 min.

Resepi;

Bahan-bahan untuk kulit pastry:
Kulit pastry cap kawan
Telur

Bahan-bahan untuk inti:
Daging cincang
Ubi kentang
black paper
daun kari
garam secukup rasa
bawang besar dipotong dadu
bawang putih dicincang halus


Cara masak

inti:
Tumis bwg putih sampai garing
masukkan daging
masukkan serbuk lada hitam
kemudian dikuti dgn ubi kentang dan bawang besar
tamabah garam dan tumis sehingga masak.

pastry:
lipat kulit pastry dan letakkan inti ditengah2
kemudian kelim bahagian tepi menggunakan garfu
sapu telur kat bahagian atas pastry tadi.
bakar pd suhu 180* selama 25 min.

Selamat Mencuba!


Jom kita lihat hasilnya...taraa.
Beginila Rupa puff pastry saya yg x cantik

ss: Rupa dia sgtla x cantik kn sbb slap bace resepi..ingatkn letak telur putih dan kuning sekali, tgok lg sekali rupanya telur kuning saja...he3. Saya dan abang sbnrnya tatau pn apa rasenya sbb xdan nk rase...tgok2 da abis...xpela nxt time nk buat lg sbb sgt senang.

Friday, 23 December 2011

Restoran Zam Zam

Assalamualaikum.

Kalau ckp Zam Zam Restoran nie kompem sume org tahu kn..
hidangan spesel kt sini adalah nasi briyani Dam (bkn gam tau)...
ada jgk murtabak zam2 djual kat sini..
so kalau terasa nak mkn Murtabak Singapore
boleh la...try kat KL nie...
jom kita terjah restoran ni.
Suasana dalam n luar kedai
model x berbayar ;)

Makanan yang kami order
Kami just order nasi briyani dam ayam je...sbb nk cuba rase dia dl...
kami ingat nk rase murtabak lps mkn nasi...tp bila da mkn nasi briyani ni...mmg da xleh nk mkn mende lain lagi..sgt2 kenyang.
Nasi briyani yg dihidangkan mmg sgt byk...sepinggan bleh mkn tuk 2 org..tp xknla nk order 1 kan...he3
Pada saya, rase makanan dia macam biasa je...x abis pn saya mkn...sbb byk sgt... :)
makanan kt sini sesuaila dgn sesape yang suka mkn nasik yg berempah cam Abang...he like it...
hehehe..

Thursday, 22 December 2011

Fire Drill at my Ofis

Assalamualaikum.

Help! Help!
Hikhikhik...kami satu ofis xsedar pn yg kt bwh da rmai2 org berkumpul tuk fire drill...Lawak betul...
Kami floor yg paling bwh sekali tp trun paling lmbt sekali...
Kalau btl2 ada kebakaran...tataula apa nk jd...Nauzubillah.
Floor Marshal! Floor Marshal!....tatau mn ilang...sekali pi bfast da...he3
Sblm trun sempat lock laptop dl capai hp n purse...kot2 leh g mkn thari terus lps tu...
Hujan renyai2 kat bwh tu...dlm kepala tgh serabut sbb keje banyak...hough!
Jomla layan pic kat tempat kejadian...ckp byk pn xguna kan...


Tempat berkumpul
"Semua sila buat muka gembira, say CHEESE!!...."

Amboi abg sempat lg posing... ;)
Muka excited sume dpt jumpa Floor Marshal

SS: A little bit about fire drill (credit to en wikipedia)
fire drill is a method of practicing the evacuation of a building for a fire or other emergency. Generally, the emergency system (usually analarm) is activated and the building is evacuated as though a real fire had occurred. Usually, the time it takes to evacuate is measured to ensure that it occurs within a reasonable length of time.

Sunday, 18 December 2011

Puding Roti

Assalamualaikum.


Hye kawan2...jom kita main masak2.
dua tiga hari ni cam teringin nk mkn kuih2 manis.
apalagi...
carik resepi kat pakcik google...
resepi yg paling senang dan simple utk dibuat.
cari pya cari...decide nk buat puding roti...
senang je resepi dia...
bg yg biasa buat...bolehla kata "kacang je" or "sambil tutup mata leh buat"..
but for me...
berpeluh ketiak gak nak wat mende neh...sbb xpenah buat sblm neh.
Meh kita sediakan bahan2 dia...


Bahan2:
3 biji telur
4 keping roti
esen vanila
gula
susu cair or susu segar
kismis *untuk hiasan
planta
loyang
oven


Cara2:
Sapukan roti dgn planta
Potong roti kepada 4 bahagian
susun atas loyang dan taburkan kismis...ketepikan dulu.
Pukul telur dan gula sehingga kembang 
panaskan susu jgn smpai mendidih
satukan telur dan susu dan masukkan esen vanila
kemudian tuang susu ke dalam loyang roti tadi
biarkan roti mjadi kembang untuk seketika
bakar 20-30 minit pada suhu 180*
Sejukkan dan bolehla dimakan bersama kuah.


Kuah;
Panaskan susu cair
Campurkan sedikit susu pekat dan tambah esen vanila.
campurkan buah epal yg dipotong dadu
panaskan sehingga mendidih.
sejukkan dan bolehla dimakan.


Jom kita lihat hasilnnya








taraaa....








ss: saya terlebih letak gula dalam puding ni, xsesuai dgn selera abang yg xsuka manis "sori ya bang, lenkali sayang kurangkan manis dalam makanan n lbihkan manis dalam senyuman k"...so kepada sesape yg x sukakan manis, sila hati2 dalam penggunaan gula k. Selamat Mencuba!

Monday, 5 December 2011

Pernah terfikir tak?

Assalamualaikum.


Kepada yang suka berchatting kat laman sembang di internet...AWAS!...Jangan mudah terpedaya....



-




-



-



-




-




-




-


Pic Ehsan pakcik google





ss: Kepada pengguna internet yang gemar chatting melalui laman social, semoga berhati-hati dengan penipu-penipu yang sentiasa mencari mangsa di internet. Jangan mudah terpedaya dengan kata2 manis yang dilontarkan. Semua itu hanyalah umpan semata-mata...sekadar berkongsi.

Motivasi pagi

Assalamualaikum.
Pic Ehsan dari pakcik google
Apabila kita ditimpa bencana / musibah / kehilangan

1. Katakan innalillahi wa inna illahi rajiun.
  • kita harus terima bahawa segalanya datang dari Allah dan kepada Allah ianya kembali.
2. Sebutkan aku redha
  • Hati kita harus benar-benar redha dengan qada’ dan qadar Allah
3. Berdoa untuk dapat yang lebih baik
  • Di saat sedih begini, doa kita lebih mustajab… dipohon dengan hati yang benar-benar ikhlas… dan ingatlah bahawa Allah maha mendengar rintihan hamba-hambaNya
  • Jangan takut dengan musibah kerana Allah menguji kita dengan keperitan sebelum diberi kebahagiaan…. dan berazamlah untuk menjadi yang lebih baik… untuk mendapatkan yang lebih baik.

ss: Sekadar berkongsi….selamat berazam baru…Salam Maal Hijrah 1433H.

Saturday, 3 December 2011

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Assalamualaikum.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”



ss: Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang dengan ikhlas, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kitaInsyaAllah.