Thursday, 17 November 2011

Pengorbanan Seorang Suami

Assalamualaikum w.b.t...

Teristimewa untuk suamiku MST,

Mengenalimu kadangkala membuat ku ketawa.
Mengenalimu kadangkala juga membuatku mengalir airmata.
Mengenalimu mampu memberiku sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang rindu dan cinta.
Sesungguhnya ku amat menyintai dan menyayangimu sepenuh hatiku.
Semoga cinta kita akan berkekalan dan mekar mewangi sehingga ke akhir hayat…Amin.
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku.

Ikhlas daripada isterimu SNFM.




"Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan 

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah MuAku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri SolehahHanya pada Mu,
Ya Allah…Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin……."

2 comments:

Ash Muhamad said...

At times, their empowerment gives us the inner intuition to move on and stay strong. :)
See you tomorrow, sis!

Jari Pun Berkata said...

sweeetttt sgt!
All da best 4 u siti :)