Tuesday, 8 November 2011

Bersabarlah dengan Ujian Allah

Assalamulaikum w.b.t...




Lately ni banyak dugaan dan ujian yang kami berdua hadapi.
Macam2 rase bermain kat dlm hati ni.
Tp kami  terpaksa kuatkan semangat utk teruskan kehidupan... hidup mesti diteruskan..walaupun pahit kan ku telan jua. Hanya pada- Mu, Ya ALLAH tempat ku meminta dan memohon pertolongan.
Abang yg plg banyak diduga dengan bermacam-macam ujian berbanding aku.
Saya begitu kagum dengan Abang, walaupun ujian dtg betimpa2 dia sgt tabah dan tenang dalm mengharungi semua ujian dan dugaan. Abanglah sumber inspirasi sayang selain dari ma & abah. Thanks abang atas kata2 semangat dan sokongan yang kuat dari Abang, tanpamu ku lemah.
Bukan niat saya nak minta simpati sape2, cuma sekadar untuk luahan rasa dan doakan kami berdua tabah dalam mengharungi setiap Ujian daripada Allah s.w.t. ini...Amin. "Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya."
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.duhai hati.. bersabarlah.. jangan bersedih! 
setiap apa yang dideritai mu hanya lah sekecil semut berbanding dengan apa yg dilalui oleh Nabi terdahulu.. beringat lah, Allah menguji ada sebabnya.. dan disebalik kesakitan yg kau hadapi ada penawarnya.. maka, berdoalah sentiasa agar Allah permudahkan segalanya.. 
aku tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, aku bersedia Ya Allah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. ku tahu Kau akan sentiasa menguji kami selagi kami bergelar hambaMu.
"Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!"

“Dan Jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” QS Yusuf (12) : 87

:: jangan bersedih, jika tiada seorang pun yang membantu anda
:: jangan bersedih, jika ada yang telah menyakiti anda
:: jangan bersedih, jika ada yang telah menghina anda
:: jangan bersedih, jika anda di timpa masalah & musibah
:: jangan bersedih, jika anda rasa kesunyian
:: jangan bersedih, jika orang yang anda sayang telah tinggalkan anda
:: jangan bersedih, jika sesuatu perkara membuat anda rasa gelisah
:: dan JANGAN BERSEDIH!



SS: Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin.

No comments: