Tuesday, 11 October 2011

Susu Oh Susu

Assalamualaikum w.b.t...

Korang sume suka minum susu x?...mestila suka kan ;)
Macam saya, mende yg saya paling xsuka nak buat adalah untuk minum susu.
Saya paling takut dgn rase dia, xbest sgt, cam rase lembu (mmgla rase lembu kalu susu lembu la kan ;p ).
Bkn setakat susu lembu or kambing, air kacang soya pn saya xsuka sbb warna dia sama cam kaler susu biasa...fobia sungguh saya dgn susu susu neh.
Tapi...



Itu semua dulu...sekarang ni minum susu adalah jadi salah satu rutin harian yg wajib bg saya.
Terpakse ke?...eh xlah...(he3 padahal hari2 my husband tersayang kena ingatkan saya utk minum susu).
Abang selalu ingatkan saya untuk minum susu katanya susu ni byk khasiat untuk ibu mengandung dan untuk baby dalam kandungan. Thanks abang sbb sentiasa ambik berat psl sayang dan baby yg bakal lahir neh...luv u muah (tlg jgn muntah hoccay)


Hopefully anak saya nanti xtakut minum susu cam saya.


comei kan baby neh.


Yang ni info yang saya dapat kat laman sesawang...jom layan 


Mengamalkan diet yang bernutrisi dan seimbang semasa mengandung adalah penting kepada kesihatan si manja dan anda.  Menambah menu harian dengan meminum susu untuk ibu mengandung adalah salah satu cara untuk mendapatkan nutrisi-nutrisi yang diperlukan.  Semasa memilih susu anda harus memilih susu yang mengandungi zat-zat seperti berikut:

1.  Protein
Ibu mengandung perlu mendapatkan 60 gram protein setiap hari untuk membantu dalam pertumbuhan tisu.  Selain dari susu, protein juga boleh didapati dari ikan dan makanan laut, ayam, itik, lembu, telur, kekacang dan bijiran.

2.  DHA (Asid Dokosaheksanoik)
DHA adalah penting untuk perkembangan otak untuk bayi anda.  Pakar menasihati ibu mengandung perlu mendapatkan pengambilan DHA sebanyak 300mg sehari setiap hari.  Selain susu, ia juga boleh didapati dari telur, organ dalaman binatang, limpa dan ikan.

3.  Asid folik
Pengambilam asid folik yang mencukupi setiap hari iaitu 600mcg, terutamanya sebelum kehamilan dan di peringkat awal kehamilan dapat mencegah kecacatan tiub neural (NTDs).  Ia jug aboleh didapati dari jus oren, sayuran hijau dan bijirin.

4.  Zat besi
Zat besi adalah komponen utama untuk hemoglobin, bahagian darah yang membekalkan sumber oksigen kepada anda dan bayi anda.  Jumlah zat besi yang disyorkan adalah 27mg setiap hari.  Ia mampu mencegah masalah anemia iaitu kekurangan darah merah.  Zat besi juga boleh didapati dari daging lembu, organ dalaman binatang, kekacang dan bijirin.

5.  Kalsium
Kalsium adalah penting untuk memenuhi keperluan pertumbuhan janin iaitu untuk penghasilan tulang dan tengkorak serta untuk mengekalkan penghasilan susu badan.

6.  Zink
Ibu perlu mendapatkan bekalan zink yang mencukupi untuk mengelakkan kecacatan tiub neural (NTDs)dan kelahiran dengan berat badan rendah.  Ia juga boleh didapati dari makanan laut, limpa dan daging lembu.

7.  Vitamin dan mineral
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan sumber vitamin dan mineral yang baik.  Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya satu hidangan buah-buahan sitrus dan satu hidangan sayuran hijau atau kuning setiap hari.

Minuman berkhasiat yang dirumus untuk ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak adalah baik kerana ia mampu membekalkan nutrien yang mereka perlukan.

Pemakanan yang baik juga amat penting untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.  Susu ibu adalah hadiah terbaik untuk anak anda kerana ia bukan sahaja membekalkan makanan berkhasiat seperti lutein dan alfa-protein tetapi juga memberikan perlindungan menerusi pembinaan imuniti.









SS: Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin.

3 comments:

IIInorzIII said...

waaaaaa mencik sama susu..tp sy harus minum tulang tulang dan gg yg kuat...

IIInorzIII said...

* correction: utk :P

SSfatihah said...

motivasi..sy suka susu ;)