Sunday, 16 October 2011

Sharing is Caring: WIR CAMPAIGN


Assalamualaikum w.b.t...


WIR CAMPAIGN: Say what? Cover the butt.

kredit untuk blog ANNA

Saya sangat tertarik untuk share dengan semua mengenai kempen Wear It Right (WIR) yang dishare kat blog ini
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri...adakah pakaian yang aku pakai hari ini, benar2 menutup aurat?...Kekadang kita alpa, leka dan lalai untuk memenuhi tuntutan Islam dalam memilih pakaian yang sesuai. Atas dah cover baik punya, bawah pulak yang terjojol sana-sini.

Seperti Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 

Maafkan saya sekiranya ada yang tersinggung dengan entry ini. Teguran ini adalah untuk diri saya sendiri juga. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dipelajari. Sama2lah kita untuk berubah ke arah yang lebih baik dan perbetulkan yang mana tidak betul, ya!.


Firman Allah taala dalam Al-Quran:يابني آدم قد أنزلنا عليكم لباسا يواري سوءاتكم وريشا ولباس التقوى ذلك خير - الأعرف : 26

Ertinya: Wahai anak adam sesungguhnya telah kami turunkan atas kamu pakaian yang menutup aurat kamu dan kami telah turunkan perhiasan bermula pakaian takwa (amal soleh) adalah lebih baik dari yang demikian.









SS: Ingatlah! Orang-orang mukmin itu bersaudara dan senantiasa memperbaiki dan memperelokkan persaudaraan mereka daripada masa ke semasa. Janganlah ada di dalam hati-hati kita ini walau sedikitpun rasa tidak baik yakni niat jahat kepada sesama kita. Walaupun adakalanya kita memandang daripada sudut yang berbeza, hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.







SS: Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin.

1 comment:

Jari Pun Berkata said...

Apa?apa? perli sy ke apa nih? hah? hah? merajuk!!!