Tuesday, 11 October 2011

Sharing is caring: Khasiat Buah & Minyak Zaitun

Assalamualaikum w.b.t,

Hye peeps,
Arini nk share pasal buah zaitun. Ma kt kg selalu bgth ttg khasiat buah dan minyak zaitun ni. Ma selalu amalkan minum minyak zaitun, katanya baik utk kesihatan.


Terbaca entri kat entri Ustaz Azhar Idrus mengenai khasiat buah Zaitun
“Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
Antara khasiat buah dan minyak zaitun adalah: 
  1. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
  2. Membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
  3. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.

Untuk tahu lebih mengenai Khasiat Buah & Minyak Zaitun lanjut bolehla baca di sini.



SS: Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di Dunia sampai akhirat. Amin.

No comments: