Thursday, 22 September 2011

Hari Raya at Ofis - Day 1

Assalamualaikum,


Hye peeps.
Harini ada sambutan raya kat my ofis, syok sgt dpt mkn byk2 smpai senak perut. Byk woo juadah yg di hidang...da rezeki, mkn je la kn.Tp berbaloi gakla byr RM 8 dpt mkn mcm2.
Jom layan pic plak.



pic from my hp ;)




kredit for chika san atas pic di atas ;p




SS: simpan perut tuk sok plak...ada jamuan lg...siap kene pkai baju tema jalur gemilang.adakah juadahnya menarik...tunggguuuuu!

Wednesday, 14 September 2011

Thanks so much to my husband

Abang terima kasih byk2 sbb masakkan mkn mlm tuk kita bdua smlm...sayang hargai sgt2. Thanks utk masakan abg yg sedap. Maafkan sayang ye bang. I luv u so much...muahs.

Sayang hadiahkan handphone ni tuk abg eh,



korang nk hadiah gak nah amek neh


Tuesday, 13 September 2011

Sharing is Caring: Petua Untuk Mengandung

Assalamualaikum,

Hye peeps.
Jln2 kt blog neh dan sgt bminat dgn petua yg diberikan, so nk share la dgn sume. Petua yg diberikan sgt berguna bg dr saya la kan. Bg sesetengah org mungkin terlalu awal utk sume ni, but for me xsalahkn utk kita mencuba dan berusaha dari awal, its up to u all k.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan:

· Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
· Makan junk food
· Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
· Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
· Makan burger dan nugget
· Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).





ss: Sama2la kita berusaha dan terus berusaha di samping memohon doa kepada Allah s.w.t agar sentiasa dimurahkan rezeki dgn dikurniakan anak yang soleh dan solehah dgn izin-NYA ...Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, 12 September 2011

Sharing is Caring: Emulsifier?? Halal atau Haram??

Alhamdulillah. Dalam beberapa hari ni saya dibebani dgn persoalan mengenai
Emulsifier?? Halal atau Haram??, kerana telah menerima email drp colleague mengenai persoalan tersebut. Terima kasih atas segala maklumat yang dikongsikan daripada http://snhidayah.blogspot.com. Lega rasanya... sdh terjawab segala persoalan mengenai kod E ini.



Emulsifier?? Halal atau Haram??



Assalammualaikum wbt sahabat2...

Alhamdulillah3x Allah SWT masih lagi memberi kesempatan waktu dan idea buat diriku ini untuk meng”update’ blogku yang kucintai ini (cehh)

Seperti yang anda telah lihat dan baca tajuk entry ana di atas...topik kita hari ini adalah emusifier..(macam cikgu la pulak..)

Apakah itu emulsifier?
Turut dikenali sebagai pengemulsi makanan, merupakan aditif makanan yang berfungsi dalam menyedapkan makanan. Sering ditulis dalam bentuk kod seperti [E120,E141,E160(a),E161,E252].

Emulsifier apa yang HARAM?
[E120,E141,E160(a),E161,E252,E300,E301,E422,E430,E431,E433,E435,E436,
E441,E470,E471,E472(A&E),E473-477,E481-E483,E491,E494,E542,E570,E631,E635,E920]

Pengelmusi2 ini ‘dikatakan’ HARAM kerana diperolah daripada sumber yang HARAM iaitu babi (betul ke?pastikan anda baca sampai habis..)


Halal atau haram?
Kemusykilan ini ana yakin berlaku pada kebanyakan umat islam yang prihatin dengan makanan yang akan dimakan oleh mereka. Ana sendiri kadang-kala ‘frust’ kerana makanan yang hendak dibeli (terutamanya snek buatan malaysia) ada logo HALAL yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM tetapi ada pulak kod2 emulsifier seperti di atas (confuse halal ke haram..) Macam nana pihak JAKIM boleh bagi logo HALAL?apa kriteria2 dan syarat2 bagi melayakkan sesuatu makanan itu mendapat logo HALAL?bagaimana nak tahu makanan itu betul2 HALAL atau tidak?


Disebabkan pelbagai persoalan yang timbul, ana pun mengambil keputusan untuk menulis sepucuk surat aduan kepada pihak JAKIM melalui laman web JAKIM (http://www.islam.gov.my/portal/#) bagi meguraikan persoalan2 tersebut...



sepucuk surat aduan dilayangkan tanggal 13 april 2010


salam...berkenaan perkidmatan JAKIM dalam memberi sijil HALAL kepada premis2 perniagaan dan juga produk2 makanan, saya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kriteria2, serta syarat2 yang digunakan oleh pihak JAKIM dalam memberikan kelulusan sijil HALAL ini....


adakah syarat2 dalam mendapatkan kelulusan hanya dilihat dari sudut pemprosesan makanan?bagaimana pula dengan ramuan makanan yang digunakan?kod2 makanan iaitu [E120,141,160(a),161,252,300,301,422,430,431,433,435,436,441,

470,471,472(A&E),473-477,481-483,491,494,542,570,631,635,920] dikatakan tidak halal kerana menggunakan sumber haiwan terutamanya babi sebagai penambah dalam makanan yang diproses. Kebanyakan makanan ringan mengandungi kod2 ramuan di atas dan bebas dijual dan dibeli oleh umat Islam.

Kemusykilan saya, sejauh manakah halal makanan yang dijual secara berleluasa ini sekiranya menggunakan kod2 di atas sebagai ramuan?kebanyakan kod2 ini berasaskan haiwan yang haram iaitu babi. Adakah pihak JAKIM turut meneliti sumber ramuan2 yang digunakan?



Saya ambil contoh E631 yang banyak digunakan dalam makanan terutamanya snek makanan ringan, setelah membuat pencarian di internet, saya mendapati sumber perisa tambahan ini kebiasaanya diperoleh bersumberkan daripda babi dan ikan sahaja. 

Kami sebagai pengguna kadang-kala was-was, walaupun sijil HALAL JAKIM tertera bagaimana pula dengan kod2 tersebut HALAL atau tidak...saya harap pihak JAKIM dapat menjawab kemusykilan kami sebagai pengguna..segala kerjasama pihak anda didahulukan dengan ucapan terima kasih..


ana fikir mugkin surat aduan ana tidak akan dilayan atau mungkin akan dibalas lewat. Tetapi sunguh daku tidak percaya keesokan harinya suratku berbalas..(^_^)


p/s sila tukar bacaan anda daripada puan hidayah kepada cik hidayah.. 


Jawapan 

Wa'alaikumussalam wrh wbt Pihak JAKIM mengucapkan terima kasih di atas aduan yang Puan hidayah kemukakan. Pihak kami ambil maklum. Untuk makluman tambahan puan, JAKIM berbidangkuasa bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) bertindak pada mana-mana agensi yang telah memohon pensijilan halal dari JAKIM tetapi terdapat aduan berhubung dengannya. Kuasa JAKIM adalah terbatas kepada pemegang-pemegang sijil halal Malaysia untuk memastikan pematuhan terhadap standard dan piawaian halal. 


Sekiranya dalam produk terbabit terdapat logo halal Malaysia, maka produk terbabit adalah Halal iaitu Halal Malaysia selaras dengan prinsip Halalan Thoyyiban yang berasaskan Syariah dan diluluskan dengan mengambil kira aspek kualiti dan keselamatan. Pensijilan Halal Malaysia juga adalah tertakluk kepada MS 1500: 2009 dan ISO IEC Guide 65. Ia mempunyai jaminan intergriti, keselamatan, kualiti (GMP) kerana melalui sistem yang terbaik dunia, analisis halal, standard halal, penguatkuasaan dan sebagainya. 'Halal jaminan terpilih' merupakan tagline halal.




Walau bagaimanapun, sekiranya tidak terdapat Logo Halal JAKIM bagi sesuatu produk dan tiada dalam rekod JAKIM yang boleh diakses melalui portal Halal JAKIM, maka JAKIM tidak dapat mengesahkan sama ada sesuatu produk tersebut halal atau sebaliknya kerana semuanya bergantung kepada inisiatif sesuatu agensi untuk membuat permohonan kepada JAKIM. 





Sebaliknya sekiranya sesuatu makanan itu telah mendapat logo halal dari agensi swasta yang lain, maka tuan haruslah mengajukan atau mempertikai isu halal tersebut kepada pemberi logo halal tersebut. Ini kerana ia tidak berada di bawah bidangkuasa JAKIM untuk membolehkan JAKIM mempertikai halal yang telah dikeluarkan oleh agensi lain. Hal ini turut disebut dalam Akta Perihal Dagangan 1972 yang tidak memberi autoriti/kuasa kepada JAKIM secara tunggal dalam memberikan pensijilan halal di Malaysia. Di samping itu, JAKIM bersama Jabatan Peguam Negara sedang berusaha bagi mewujudkan






Akta Halal dan mencadangkan agar JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri menjadi pengeluar tunggal/competent dalam pengeluaran sijil Halal di Malaysia. Terkini, JAKIM telahpun bekerjasama dengan Jabatan Kimia Negara untuk melancarkan proses analisis halal bahan-bahan yang digunakan dengan lebih cepat dan tepat melalui cara DNA iaitu mesin pemecah molekul Tremocycler sepertimana berita di laman web kami. 





Merujuk kepada pertanyaan puan, penggunaan e code iaitu penentuan status kehalalan bahan tambahan makanan(food additive). Sebagai contoh, penggunaan emulsifier(E 471) -penggunaan bagi sesebuah negara di dunia bahan ini telah dibuat menggunakan bahan-bahan dari haiwan tetapi di Malaysia, JAKIM telah memastikan bahawa E 471 yang berasaskan tumbuhan sahaja yang akan digunakan oleh kilang-kilang berdaftar dengan JAKIM. 



Begitu juga bagi bahan kritikal yang lain seperti lecitin, glycerin,-JAKIM telah memastikan bahawa bahan-bahn ini adalah halal untuk digunakan oleh pengilang-pengilang sehingga melayakkan mereka mendapat pengesahan halal JAKIM. Sememangnya terdapat sebahagian bahan tambahan makanan ini boleh dihasilkan samada dari tumbuhan ataupun haiwan. Maka dengan itu, JAKIM telah berusaha dengan melakukan pemeriksaan dan ujian makmal untuk memastikan hanya food additive yang berasaskan tumbuhan sahaja yang akan digunakan oleh pengusaha yang mendapat pengesahan halal JAKIM. 




Oleh yang demikian, dakwaan dari email/website luar negara yang mengatakan food additive yang menggunakan kod E sebagai tidak halal adalah tidak boleh diterima untuk produk yang dikilangkan di Malaysia.Mungkin dakwaan tersebut benar untuk produk di luar negara tetapi tidak boleh diterima sepenuhnya untuk produk tempatan. 





Sebagai rujukan, Bahagian Hab Halal JAKIM telah menyediakan buku panduan bertajuk HANDBOOK OF HALAL FOOD ADDITIVES pada tahun 2006. Dalam buku tersebut terkandung senarai kod yang terdapat di laman web tersebut. Puan boleh dapatkan buku tersebut secara percuma di Bahagian Hab Halal JAKIM di Cyberjaya. Bahagian Hab Halal merangkumi semakan status halal produk, premis dan rumah sembelihan yang mendapat Sijil HALAL MALAYSIA.





Puan juga boleh terus mengemukakan sebarang aduan dan pertanyaan kepada yang lebih arif mengenai produk dan pensijilan halal melalui laman web kami di : 


http://www.halalmalaysia.gov.my


ataupun menghubungi kami di talian : Tel : 03-8315 0200(Hot Line) Fax : 03-8318 7044
Pihak kami mengharapkan kerjasama puan juga untuk memaklumkan kepada kenalan.


Pihak Jabatan menghargai keprihatinan puan dalam menjaga kepentingan umat Islam ini dan tanpa kerjasama sebegini adalah mustahil bagi Jabatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Sekian, terima kasih. Wassalam.......... 



Status Selesai. 
Nombor Rujukan 20100413(1)




Seusai membaca surat di atas, hati ini menjadi lega kerana boleh makan snek ringan buatan Malaysia yang baru dibeli heee..(snek terbeli sebab hanya check logo HALAL sahaja)




Kesimpulannya:



• JAKIM telah memastikan bahawa E-kod yang berasaskan tumbuhan sahaja yang akan digunakan oleh kilang-kilang berdaftar dengan JAKIM.

• JAKIM telah memastikan bahawa bahan-bahan ini adalah halal untuk digunakan oleh pengilang-pengilang sehingga melayakkan mereka mendapat pengesahan halal JAKIM.

• Jika terdapat logo HALAL yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM,dan produk tersebut dikilangkan di Malaysia, makanan tersebut adalah HALAL (gunakan tanpa was-was)

• Produk luar negara tidak dijamin ‘HALAL’

• Anda boleh merujuk laman web JAKIM untuk mengesahkan ke’HALAL’an sesuatu produk. ( http://www.islam.gov.my/portal/#) melalui pautan ‘Direktori Halal’..(hanya letakkan barcode sesuatu produk, status sah halal produk tersebut akan terpapar)



*yakinlah dengan logo HALAL JAKIM..(^_^)
Semoga anda dapat sebarkan kepada kenalan anda juga...



Firman Allah SWT: “WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN! MAKANLAH DARI REZEKI YANG BAIK YANG KAMI BERIKAN KEPADA KAMU DAN BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH, JIKA KAMU HANYA MENYEMBAH KEPADA-NYA” (Surah Al-Baqarah, 2:172)



Semoga anda semua memperoleh manfaat..Wallahualam

Sunday, 11 September 2011

Pulut ikan Bakar

Assalamualaikum,
Hye, korang penah mkn pulut ikan bakar x?...sgt sedap tau.
Saya makan kat restoran pulut ikan bakar kat tok bali Kelantan...kedai wajib singgah biler blk kg.










Friday, 9 September 2011

Rindu nk berblog

Assalamualaikum.
Hye semua, da lama rasanya x berblog...rindu!.
Lps kawen ni mood nk berblog kureng ckit...he3.
Alhamdulillah saya pya side da settle, cuma tgu Abang pya side plak next week.
Semoga segalanya berjalan lancar.
Setinggi2 penghargaan kepada semua yg terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan saya.
Terima kasih yg tidak terhingga kepada MA & ABAH tersayang kerana bertungkus lumus dari awal hingga akhir majlis kakak...jasa kalian mmg xkan kakak lupakan sampai akhir hayat...sayang MA & ABAH...tanpa kalian siapala kakak.
Kepada adik, abg soleh, kak sal, lee, kak ita n abg mat sekeluarga...korang sume family yg terbaek yg pernah sy miliki...sayang korang sume....thanks so much, muahs.
Special thanks to KAK LAILI & ABG HIM satu family...korang sekeluarga da saya anggap cam kakak & abg sdiri...really appreciate your help...thanks so much to both of you.


Teristimewa untuk suamiku,

Sesungguhnya ku amat menyintai dan menyayangimu sepenuh hatiku.
Semoga cinta kita akan berkekalan dan mekar mewangi sehingga ke akhir hayat…Amin.

Terima kasih kerana hadir dalam hidupku.

Ikhlas daripada isterimu,
1 September 2010 bersamaan 3 Syawal 1432 Hijrah

Beberapa pic ni adik ambik sblm majlis bermula, jom layan!...














ss: ada byk lg pic nk diupload tp failed...sok sy cuba upload lg k...tungguuu.