Tuesday, 16 August 2011

Saya nak!

Ada mende lagi yg saya nk wat sebenarnya, hopefully masih berkesempatan dan sekiranya ada budgetla kan.


Facial Treatment

Org kata 2 bulan atau sebulan nak dekat kenduri tidak digalakkn pkai make up yang heavy heavy sgt ditakuti nanti tak naik seri muka..sebab orang sekeliling dah biasa tengok kita makeup yang heavy heavy..so nanti bila mak andam makeup yang heavy air muka kita nampak biasa je (betul ke? tp tpulangla kpd yg empunya diri k)...
Saya nk wat facial treatment sbb nk hilangkn blackhead dan whitehead yg ada kt hidung n pipi je... ;p


Medicure & Pedicure

Saya xpenah pn pegi wat Medicure & Pedicure, tp terasa gak nk bagi kuku jadi cantik dan lembut....hikhik

Nk slim (I wish I can slim in 16 days...ha3 xyahla nk berangan hoccay)


Untuk menguruskan part2 yg penting kt badan, antara petua2 yg saya buat adalah dengan mengunjungi pusat membeli belah seperti jusco. Saya cari girdle or bengkung yg sesuai untuk menyerlahkan pingganggku yg langsing dan perutku yang kempis secara drastik he3. Akhirnya saya berjaya dapatkn girdle yg sesuai dan memenuhi citarasaku di COSWAY dgn harga yg berpatutan...itu yg plh penting...hikhik

Petua Untuk Bakal Pengantin Perempuan
Da nk dekat majlis baru nk terhegeh2 carik petua utk mencantikkan diri dan segala hal berkaitan dgn diri sendiri. Aku tsgtla bz sblm neh hingga hal2 yg cmni pn leh terlupa....hu3.
Kat bawah ni adala beberapa petua yang boleh aku buat dalam mase yg terdekat dan yg paling penting sekali xmahal (sume mende kena bkira skrg ;p) dan antaranya mudah nak carik......he3

Bunga Mawar (senang ke nk carik neh dan masa yg aku ada kurang dr 44 hari da pn...tgokla dl)

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

Timun (slalu mkn tp lum penah letak kt mate, nti nk cubala)



Lekapkan mata dengan hirisan timun selama 1/2 jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak (slalu je mkn)


Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato  (pn slalu mkn gak n letak kt muka gak)



Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado (xpenah cuba pn)


Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut (akan cuba)


Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap.








2 comments:

farhanna said...

buat sendiri je fatihah.. lg sonang.. jimat masa

SSfatihah said...

yg penting jimat duit kn...kn.he3