Sunday, 31 July 2011

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN

Assalamualaikum semua,
Ramadhan datang lagi. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk merasai ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini begitu bermakna buatku kerana diberi peluang oleh-NYA untuk mengecapi kebahagiaan yang tidak ternilai harganya, walaupun byk dugaan dan halangan datang silih berganti.
Semoga segala urusan yang kami rancang berjalan lancar dan diberkati oleh Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal Alamin.



SAMBUTLAH DENGAN RASA SYUKUR
Rasulullah SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”



ss: Di kesempatan ni saya,keluarga dan tunang tersayang ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua sahabat2 yang di alam maya dan di alam nyata. Semoga kita semua mendapat keberkatan di Bulan yang mulia dan penuh rahmat ini. Semoga persahabatan dan perkenalan serta ilmu yg dikongsikan diberkati Allah s.w.t hendaknya. Saya juga dengan rendah dan ikhlas hati ingin memohon kemaafaan andai ada salah dan silap kepada semua sahabat, kenalan dan sesiapa juga andai ada terkasar bahasa terguris rasa.

Semoga Ramadhan ini membawa sinar baru kepada kita semua...
SELAMAT BERPUASA !!!!!!!




1 comment:

Jari Pun Berkata said...

selamat berpuasa jugak!