Wednesday, 13 July 2011

Beringat sebelum marah



Lately ni asyik nk marah je...tataula nape emosi ni cam cam xstabil je...kesian kt org sekeliling yg kene tempiasnya...Lps marah barula rase menyesal sgt...hu3...so dok surf net carik info pasal cara nk kawal marah, singgah kt blog neh raziffuad, byk info yg i dapat...jom share.  


Menurut kajian saintifik, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.


Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.

Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses  pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari (saluran darah tersumbat) dan serangan jantung.

Bahaya bukan?

Pelajaran Dari Hadis
Sabda Nabi SAW

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah. 
           (Hadis Riwayat Bukhari )      
               
Disebutkan di dalam Syarah Arba'in Nawawiyyah bahawa lelaki itu ialah Abu Darda' r.a. Al-Jardani berkata, "Hadis ini adalah merupakan hadis yang tinggi nilainya, termasuk di dalam hadis yang ringkas dan padat, kerana hadis ini menghimpunkan di antar kebaikan di dunia dan di akhirat".

Dalam hadis ini, jelas larangan daripada Rasulullah SAW daripada marah kerana marah membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Selain itu, penegasan sebanyak tiga kali oleh Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sifat marah perlu dijauhi.

Oleh itu, berusahalah untuk menjauhi sifat marah dengan mendekati sifat-sifat mahmudah seperti lemah lembut, penyayang dan rendah hati.

Sabar itu penting. Ia adalah benteng terbaik untuk mengelakkan marah. Sentiasalah bersahabat dengan mereka yang mempunyai akhlak yang terpuji dan yang paling penting, penyabar. Sikap rakan anda sebenarnya mempengaruhi sikap anda.

Marah Itu Dari Syaitan
Nabi SAW membimbing kita untuk meninggalkan marah kerana marah itu dari syaitan. Anda ingin menjadi pengikut jejak langkah syaitan? Sudah tentu tidak.

Emosi orang yang sedang marah biasanya sukar dikawal. Ketika inilah syaitan mudah menghasut. Tidak mustahil jika berlaku kes bunuh kerana marah. Sudah biasa kita lihat di akhbar. Mungkin anda pernah terbaca  kes ibu membunuh anak kerana Farmville? Klik di sini.

Resepi Menahan Marah
1. Elakkan daripada hasutan syaitan. Bacalah ta'awuz (A'uzubillahi minas syaitonirrojim) setiap kali rasa   marah.
2. Sentiasa ingat faedah menahan marah dan betapa jelas larangan Baginda SAW untuk marah.
3. Ubah posisi anda dari berdiri kepada duduk. Dari duduk kepada berbaring.
4. Pergi ke tempat yang nyaman dan tenang.
5. Fikir bagaimana perasaan orang yang dimarah.
6. Luahkan perasaan anda kepada sesiapa yang anda rapat. Makin disimpan, makin membarah.
7. Fikir akibat tindakan anda yang dalam kemarahan.
8. Cuba sedaya upaya memaafkan kesalahan orang lain.
9. Anda marah? Allah lebih hebat kemurkaan dan kemarahanNya jika anda bertindak atas kemarahan anda.
10. Berwudhu'. Marah itu api. Api datangnya dari syaitan maka hilangkanlah api dengan air.

(ingatan untuk diri sendiri sebenarnya neh).... :)


SS: Jangan marah-marah, nanti cepat muda tua



1 comment:

Anonymous said...

When will you post again ? Been looking forward to this !