Sunday, 31 July 2011

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN

Assalamualaikum semua,
Ramadhan datang lagi. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk merasai ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini begitu bermakna buatku kerana diberi peluang oleh-NYA untuk mengecapi kebahagiaan yang tidak ternilai harganya, walaupun byk dugaan dan halangan datang silih berganti.
Semoga segala urusan yang kami rancang berjalan lancar dan diberkati oleh Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal Alamin.



SAMBUTLAH DENGAN RASA SYUKUR
Rasulullah SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”



ss: Di kesempatan ni saya,keluarga dan tunang tersayang ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua sahabat2 yang di alam maya dan di alam nyata. Semoga kita semua mendapat keberkatan di Bulan yang mulia dan penuh rahmat ini. Semoga persahabatan dan perkenalan serta ilmu yg dikongsikan diberkati Allah s.w.t hendaknya. Saya juga dengan rendah dan ikhlas hati ingin memohon kemaafaan andai ada salah dan silap kepada semua sahabat, kenalan dan sesiapa juga andai ada terkasar bahasa terguris rasa.

Semoga Ramadhan ini membawa sinar baru kepada kita semua...
SELAMAT BERPUASA !!!!!!!




Sharing is caring: Make up review

Hi Asalamualaikum semua.
Cter arini bab make-up.Sblm ni sy xsuka n xpdai pkai make-up samada nk ke ofis @ kuar jln2..just pkai lipstik n tepek blusher bolehla...
But skrg neh minat sy pd make-up da semakin menjadi2...he3
Tapi...sy hanya make-up bila nak kuar dgn Mr S dan pi keduri or pape jela yg berkaitan dgn Mr S...dia bg galakkn utk sy make-up hoccay...i like it (ala2 gedik gitu)...
Sy bab2 make-up mmg x pdai sgt tp aku slalu tya kwn2 yg terrer n yg paling penting sy rujuk kat pakcik sy...pakcik
 Google.hoccay...
Sy suka dgn style Goo Hara's Eye Makeup...
Boleh tgk video yang sy amek kt youtube...sj nk share dis video dgn korang..plz enjoy!




ss: Semalam hepi sgt dpt spent mase with Mr S n dpt 2 mende yg sgt2 sy suka..thank you so much sayang."I love you...","Aku mencintai dirimu...", Uhibbuk...", "Aisheteru...", "Wo ai ni", "Main tumse pyar karta hun." forever...




Friday, 29 July 2011

Sharing is Caring: Tip kaca mata hitam

# Periksa labelnya. - Kaca mata hitam yang baik bertanda menyerap 99 sehingga 100 peratus sinar UV, terutama UVB. Lapisan penahan sinar UV boleh didapati pada semua jenis lensa dan warna. Frekuensi cahaya yang pada keadaan tertentu membuat pemandangan menjadi kabur. Kebanyakan jenama tampil dengan rekaan dan pilihan warna kaca mata hitam yang mampu melindungi mata daripada masalah berkenaan.

# Selesa apabila dipakai. - Ada kaca mata hitam yang menyebabkan rasa sakit pada sisi wajah dan juga hidung.

# Tentukan tujuan membeli kaca mata hitam. - Jika untuk beriadah atau bersukan ada kaca mata hitam yang disediakan khusus bagi pengguna yang aktif.

# Elak beli jenama tiruan. - Kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami barah mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen. Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang.

INFO: Penyesuaian bentuk muka

# Bentuk muka terbahagi kepada lima iaitu bujur sirih, panjang, bulat, empat segi dan berbentuk hati.

# Mereka yang memiliki bentuk muka bujur sirih amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.

# Muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Ini bererti, bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu.

# Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.

# Untuk wajah berbentuk empat segi, pilihan bingkai sesuai ialah berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.

# Bingkai berbentuk bulat dan bujur sirih sesuai sekali untuk wajah empat segi.
# Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.
pic ehsan dari pakcik google


ss: Da lama teringin nk pkai cermin mata yg sesuai dgn aku...



Bos oh bos!!!

pic ehsan dari pakcik google

Kesian kat setengah org yg dpt bos yg sengal n kuat marah. Setiap hari ada je yg xkena dimata bos, buat betul kena marah apatah lg buat salah dah tentu2 kena marah. Apa saja yg dibuat tidak kene dimata bos yg juling. Hari2 keje menjeling org n tunjuk muka x puas hati. Hari2 dtg keje tahu ngamuk je dan yg paling kesian kat org yg tertentu, tempat utk dia luahkan persaan marah. Mmgla bos is always right tp kalu kat dalam jamban pn ko nk marah pe citer beb, kat situ tempat berak je wei. Nak marah pekerja xsalah tapi biarla bertempat hoccay.

Sepatutnya bos;
Berani dan jujur berkata, memberi respons positif kepada idea pekerja. Menghargai pekerja dengan tidak menjadikan mereka Punch Bag. Jangan curi idea pekerja dan mengamalkan komunikasi dua hala dan sentiasa menghargai pekerja.

Punch Bag pic ehsan dari pakcik google jgk



ss: Banyak berdoa agar Allah mengikhlaskan kerja kita, kerja kita berpahala dan diberkati serta halal, doa lembutkan hati bos dan dapat memenangi hati bos[bukan cara mengampu]. Ingat!! Bos tetap bos, kita ini kuli tetap kuli...kalu nak jadi bos jgk dalam mase terdekat kena ada company sendiri hoccay!!!...InsyaAllah.


Wednesday, 27 July 2011

Teringin nak makan penkek durian

Da lama aku cam teringin nk mkn penkek durian (bkn mengidam tau) tp lum kesampaian lagi....sobsob sedey ;(
Penah makan penkek camni kat the Garden...sgt best!
Resepi ni aku jumpa kat sini. Nti biler da rajin ckit aku nk wat penkek neh, hopefully menjadikla...hurm.


Durian Pancake
pic ehsan dari pakcik google
Bahan-bahan 
Kulit Pancake:
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan
½ sdt garam
Pewarna hijau
Bahan Inti:
Whipping cream + gula (manis ikut citarasa memasing)
Isi durian



Cara-cara

  1. Kulit: Blend semua bahan.
  2. Buat dadar nipis²
  3. Inti: Pukul Whipping Cream dan gula sehingga menjadi cream/kental
  4. Isi durian dilumat kasar
  5. Pancake Durian: Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream.
  6. Kemudian letakkan isi durian diatasnya.
  7. Lipat dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.
pic ehsan dari pakcik google 





ss: I   so much!


Tuesday, 26 July 2011

Wordless Tuesday

Yg mana satu jd pilihan hati...(dpt pegi ke x neh)








Pulau Redang (pic ehsan dr pakcik google)


or




Pulau Tioman (pic ehsan dr uncle google)



ss: dua2 cantik...sape2 yg penah pi sila komen ckit...tengs






Monday, 25 July 2011

Panduan Persediaan Perkahwinan

Panduan Ringkas Menuju Ke Alam Perkahwinan

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.


Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
·   Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
·       Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
·       Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
·       Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
·        Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
·         Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
·         Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
·        Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi Pengantin Lelaki:
·        Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
·         Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
·         Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
·         Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
·         Membeli cincin/gelang/rantai kahwin. -lum beli agi
·        Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
·         Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
·         Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu) -rasenya xperlu kot.
·         Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
·       Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain. -masih dalam perbincangan. 

Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
·         Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
·        Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
·         Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
·         Rawatan intensif muka, badan dan rambut. -lum wat agi

Bagi Pengantin Lelaki:
·       Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
·       Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi Pengantin Perempuan:
·         Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
·         Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
·         Membeli barang kemas
·        Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
·         Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
·        Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
·         Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
·        Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi Pengantin Perempuan:
·    Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
·         Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
·         Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
·        Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
·         Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
·         Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
·         Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
·         Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
·         Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi Pengantin Lelaki:
·       Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan.

Bagi Pengantin Perempuan:
·         Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
·         Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


"Doa untuk bakal pengantin klik sini".

ss: Rase cam mimpi plak...da x lama da neh...semoga sume urusan berjalan dengan lancar Amin...doakan ya!

Exchange Links Everyone!!!

Hi sy siti...
ini blog sy..
intro ntah pape2..
Kepada Sesiapa yang sudi,
sila tepek link korang kat sini...
nanti2 bila free leh sy terjah blog korang balik eh..tengs


ss: da lama sy x drive kete...(xde kaitan pn dgn link neh ;p)

Thursday, 21 July 2011

Dayang Nurfaizah - Pintaku Yang Terakhir

Inginku pandang wajahmu
Di setiap Ketika
Tiada jemu biarpun terluka


Ingin dibelai selalu
Bagaikan waktu dulu
Rasa bahagia dalam dakapanmu


Ku rindu
wajah dan senyumanmu
Memberikan cahaya
Di dalam setiap mimpi mimpi ku


Kau pergi membawa hati ini
Tinggalkan ku sendiri dalam sepi


(Korus)
Lafazkan cinta dari bibirmu
Inginku dengar sekali lagi
Lafazkan dari hati tulus dan suci


Oh bisikan rindu nada nan syahdu
Pintaku yang terakhir darimu
Pintaku hanya satu
Usah kau berlalu

ss: Rindu sgt2 kt Abang

Doakan agar mak Mr. S cepat sembuh Ya!

Semoga mak Abang cepat sembuh seperti biasa...Amin.
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

Wednesday, 20 July 2011

Semalam & Hari ini

Ptg smlm dpt call dr kg katanya Mak Mr. S sakit dan dimasukkan ke hospital... so dia kena blk dgn tgesa2 n mybe amek cuti panjang...cian kat mak...sayang doakan mak abang cepat sembuh seperti biasa..sama2la kita mendoakan semoga mak Mr. S cepat sembuh k...Amin.

Setelah sekian lama xnaik public transport...selalunya aku g keje naek kete or moto...tp arini Mr. S xde...kete pn aku tggal kt umah Mr. S...dia x sempat nk antar kt aku...So nk djadikan cter aku naik bus rapid kl...Aku dengan selambanya masukkan wang kertas RM1 cam biasa...tp wang tu kuar semula dr mesin...sume org pelik tgok aku...pakcik bus tu suh org belakang tlg touchkn kad tuk aku, so aku kena byr blk kt dia...driver tu ckp kt aku "esok beli kad ya dik"...malunya aku, tatau nk letak kt mn muka neh....rupa2nya sekarang ni bus rapid da x pkai cash money lg da...hu3...aku kah yg ketinggalan @pn masa terlalu cpt blalu...aku rase br lg aku xnaek bus...br 1thn lbh je...moral of da story sediakn touch n go sblm hujan ko naik bus k...

Sesampai kat lrt aku terus pg beli kad tng kt kaunter...(sblm ni da beli tp hilang...sape suh ko ilangkan ;p...nyesal2)...xrugi pn kalu beli sbb leh guna tuk tol dsb...


ss: Rindu sgt kt Mr. S.



Monday, 18 July 2011

HIV Test Untuk Bakal Pengantin

Hye kpd semua bakal B2B, just nk share info tempat saya buat HIV test sebelum neh. Kepada sesape yg tinggal kt area bangsar, pantai dalam, kerinchi bolehla wat kat sini. Kt cni x ramai sgt org yg buat HIV test. Klinik ni berdekatan dengan lrt kerinchi sahaja.

Jangan lupa call dulu untuk buat appointment okay…

Klinik Kesihatan Pantai
Tingkat 15, Wisma Goshen,
Plaza Pantai, Off Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur.
Tel: +6(03)2288 1071
Fax: +6(03)2288 1070

Facilities/Services provided by Klinik Kesihatan Pantai
1. Outpatient Clinic [Klinik Pesakit Luar]
2. Healthy People Clinic [Klinik Warga Sihat]
3. Clinic for the Elderly [Klinik Warga Tua]
4. Women’s Clinic-Pap Smear and PSP Screening [Klinik Wanita-Saringan Pap Smear dan PSP]
5. Stop Smoking Clinic [Klinik Berhenti Merokok]
6. Diabetes Clinic [Klinik Diabetes]
7. Asthma Clinic [Klinik Asma]
8. Anonymous HIV Screening Services [Perkhidmatan Saringan HIV Tanpa Nama]
9. Pathology Laboratory Services [Perkhidmatan Makmal Patologi]

ss: HIV test valid tuk 6 bulan.

Keju Halal

Mesti korang sume biasa dgr mengenai keju halal. Sabtu lepas ada tonton majalah 3 kt TV3 mengenai keju halal. Sgt teruja dengan keju keluaran D'QISRA SDN BHD. Saya mmg sgt suka masak walopon xbest sgt tp sgt suka gak. Skrg tgh tunggu feedback dr company tu ttg pasaran produk tersebut area KL. Senang nk carik tuk wat pizza ke pape ke...(camla terrer sgt wat pizza...hik3...pape jela)...       

TJA LOW FAT MOZZARELLA

                 

                





ss: i like pizza... :P
  

            

         

Saturday, 16 July 2011

Potluck - part 2

Menu utk potluck semalam...semuanya lazat2...sy n kwn2 mkn byk... ;p





ss: aku x bwk papepn tuk potluck...gas kt umah abis..time2 tu gakla dia nk abis..he3






Thursday, 14 July 2011

Bakul Hantaran

Berkenan nk design bakul hantaran cam kt bwh neh...yg mn 1 ok eh?...




or

pic ehsan dr pakcik google n kt blog sape ntah lupa da...pinjam jap nk wat rujukan.


ss: Mr S sila komen okeh...





Potluck VS Wanita Rajin...

Sok ada potluck kt ofis...tp dlm group yg kecik je...group wanita rajin...(tp aku wanita rajin ke???...erkkk).... rajin makan maybe...(kalu Mr S bace mesti dia stuju sgt neh...jgn stuju syg plsss)....Nak tahu x apa yg wanita yg sgt rajin neh bwk?...tgu sok k...


Jom kita tya pakcik google apa itu potluck 



"From Wikipedia, the free encyclopedia
potluck is a gathering of people where each person or group of people contributes a dish of food to be shared among the group. Synonymsinclude: potluck dinner, spread, Jacob's join,[1][2] Jacob's supper, faith supper, covered dish supper, bring and share, shared lunch, pitch-in,carry-in, bring-a-plate, smorgasbord, dish-to-pass."


ss: nk diet tp x kurus-kurus...

Baju Kurung Pahang

Update laju2...
Esok saya harap baju kurung pahang yg di tempah last 2 weeks dapat siap seperti dijanjikan...



-

-

-

-

-

-

-

pic ehsan dr pakcik googleku 


ss: Asben tukang jahit aku ckp mesin jahit rosak...hu3...tp akan diusahakan utk baiki mesin secepat mungkin...hu3...harap2 baju ku dpt siap n cantik (doakan ya)... ;)