Tuesday, 27 December 2011

Minced Meat in Puff Pastry


Assalamualaikum.

Last week family belah abg dtg bertandang kt umah.
kepala dok serabut pk nk msk apa...
Kredit to blog kakikusukaberjalan sbb bagi idea kat saya utk buat puff pastry ni tuk tetamu2 yg dtg bertandang ke rumah last week.
Sgt senang utk menyediakan puff pastry ini.
Bahan utk pastry semua sama cuma sy ubah dia pya inti sbb abg xsuka mkn tuna dalam tin, so saya gantikan dgn daging cincang je.
Jom layan cara menyediakan hidangan puff pastry ni.

Masak inti

Kulit Patry yg saya guna


Bakar Dalam Oven pada suhu 180* dlm mas 25 min.

Resepi;

Bahan-bahan untuk kulit pastry:
Kulit pastry cap kawan
Telur

Bahan-bahan untuk inti:
Daging cincang
Ubi kentang
black paper
daun kari
garam secukup rasa
bawang besar dipotong dadu
bawang putih dicincang halus


Cara masak

inti:
Tumis bwg putih sampai garing
masukkan daging
masukkan serbuk lada hitam
kemudian dikuti dgn ubi kentang dan bawang besar
tamabah garam dan tumis sehingga masak.

pastry:
lipat kulit pastry dan letakkan inti ditengah2
kemudian kelim bahagian tepi menggunakan garfu
sapu telur kat bahagian atas pastry tadi.
bakar pd suhu 180* selama 25 min.

Selamat Mencuba!


Jom kita lihat hasilnya...taraa.
Beginila Rupa puff pastry saya yg x cantik

ss: Rupa dia sgtla x cantik kn sbb slap bace resepi..ingatkn letak telur putih dan kuning sekali, tgok lg sekali rupanya telur kuning saja...he3. Saya dan abang sbnrnya tatau pn apa rasenya sbb xdan nk rase...tgok2 da abis...xpela nxt time nk buat lg sbb sgt senang.

Friday, 23 December 2011

Restoran Zam Zam

Assalamualaikum.

Kalau ckp Zam Zam Restoran nie kompem sume org tahu kn..
hidangan spesel kt sini adalah nasi briyani Dam (bkn gam tau)...
ada jgk murtabak zam2 djual kat sini..
so kalau terasa nak mkn Murtabak Singapore
boleh la...try kat KL nie...
jom kita terjah restoran ni.
Suasana dalam n luar kedai
model x berbayar ;)

Makanan yang kami order
Kami just order nasi briyani dam ayam je...sbb nk cuba rase dia dl...
kami ingat nk rase murtabak lps mkn nasi...tp bila da mkn nasi briyani ni...mmg da xleh nk mkn mende lain lagi..sgt2 kenyang.
Nasi briyani yg dihidangkan mmg sgt byk...sepinggan bleh mkn tuk 2 org..tp xknla nk order 1 kan...he3
Pada saya, rase makanan dia macam biasa je...x abis pn saya mkn...sbb byk sgt... :)
makanan kt sini sesuaila dgn sesape yang suka mkn nasik yg berempah cam Abang...he like it...
hehehe..

Thursday, 22 December 2011

Fire Drill at my Ofis

Assalamualaikum.

Help! Help!
Hikhikhik...kami satu ofis xsedar pn yg kt bwh da rmai2 org berkumpul tuk fire drill...Lawak betul...
Kami floor yg paling bwh sekali tp trun paling lmbt sekali...
Kalau btl2 ada kebakaran...tataula apa nk jd...Nauzubillah.
Floor Marshal! Floor Marshal!....tatau mn ilang...sekali pi bfast da...he3
Sblm trun sempat lock laptop dl capai hp n purse...kot2 leh g mkn thari terus lps tu...
Hujan renyai2 kat bwh tu...dlm kepala tgh serabut sbb keje banyak...hough!
Jomla layan pic kat tempat kejadian...ckp byk pn xguna kan...


Tempat berkumpul
"Semua sila buat muka gembira, say CHEESE!!...."

Amboi abg sempat lg posing... ;)
Muka excited sume dpt jumpa Floor Marshal

SS: A little bit about fire drill (credit to en wikipedia)
fire drill is a method of practicing the evacuation of a building for a fire or other emergency. Generally, the emergency system (usually analarm) is activated and the building is evacuated as though a real fire had occurred. Usually, the time it takes to evacuate is measured to ensure that it occurs within a reasonable length of time.

Sunday, 18 December 2011

Puding Roti

Assalamualaikum.


Hye kawan2...jom kita main masak2.
dua tiga hari ni cam teringin nk mkn kuih2 manis.
apalagi...
carik resepi kat pakcik google...
resepi yg paling senang dan simple utk dibuat.
cari pya cari...decide nk buat puding roti...
senang je resepi dia...
bg yg biasa buat...bolehla kata "kacang je" or "sambil tutup mata leh buat"..
but for me...
berpeluh ketiak gak nak wat mende neh...sbb xpenah buat sblm neh.
Meh kita sediakan bahan2 dia...


Bahan2:
3 biji telur
4 keping roti
esen vanila
gula
susu cair or susu segar
kismis *untuk hiasan
planta
loyang
oven


Cara2:
Sapukan roti dgn planta
Potong roti kepada 4 bahagian
susun atas loyang dan taburkan kismis...ketepikan dulu.
Pukul telur dan gula sehingga kembang 
panaskan susu jgn smpai mendidih
satukan telur dan susu dan masukkan esen vanila
kemudian tuang susu ke dalam loyang roti tadi
biarkan roti mjadi kembang untuk seketika
bakar 20-30 minit pada suhu 180*
Sejukkan dan bolehla dimakan bersama kuah.


Kuah;
Panaskan susu cair
Campurkan sedikit susu pekat dan tambah esen vanila.
campurkan buah epal yg dipotong dadu
panaskan sehingga mendidih.
sejukkan dan bolehla dimakan.


Jom kita lihat hasilnnya








taraaa....








ss: saya terlebih letak gula dalam puding ni, xsesuai dgn selera abang yg xsuka manis "sori ya bang, lenkali sayang kurangkan manis dalam makanan n lbihkan manis dalam senyuman k"...so kepada sesape yg x sukakan manis, sila hati2 dalam penggunaan gula k. Selamat Mencuba!

Monday, 5 December 2011

Pernah terfikir tak?

Assalamualaikum.


Kepada yang suka berchatting kat laman sembang di internet...AWAS!...Jangan mudah terpedaya....



-




-



-



-




-




-




-


Pic Ehsan pakcik google





ss: Kepada pengguna internet yang gemar chatting melalui laman social, semoga berhati-hati dengan penipu-penipu yang sentiasa mencari mangsa di internet. Jangan mudah terpedaya dengan kata2 manis yang dilontarkan. Semua itu hanyalah umpan semata-mata...sekadar berkongsi.

Motivasi pagi

Assalamualaikum.
Pic Ehsan dari pakcik google
Apabila kita ditimpa bencana / musibah / kehilangan

1. Katakan innalillahi wa inna illahi rajiun.
  • kita harus terima bahawa segalanya datang dari Allah dan kepada Allah ianya kembali.
2. Sebutkan aku redha
  • Hati kita harus benar-benar redha dengan qada’ dan qadar Allah
3. Berdoa untuk dapat yang lebih baik
  • Di saat sedih begini, doa kita lebih mustajab… dipohon dengan hati yang benar-benar ikhlas… dan ingatlah bahawa Allah maha mendengar rintihan hamba-hambaNya
  • Jangan takut dengan musibah kerana Allah menguji kita dengan keperitan sebelum diberi kebahagiaan…. dan berazamlah untuk menjadi yang lebih baik… untuk mendapatkan yang lebih baik.

ss: Sekadar berkongsi….selamat berazam baru…Salam Maal Hijrah 1433H.

Saturday, 3 December 2011

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Assalamualaikum.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”



ss: Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang dengan ikhlas, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kitaInsyaAllah. 

Tuesday, 29 November 2011

Kembali ke habitat semulajadi.

Update....60% in progress...100% complete...DONE

After 2 weeks rest from works...
Back to work...
back to normal...
Sleepy mode...


Harus gigih bermula dari sekarang!

Assalamualaikum.


Kenapa perlu gigih?...
Kami rase kami gemuk...sungguh pedih kenyataan itu...
tp inila hakikat yg abg terpaksa lalui bila bjumpa kwn2 dia..."eh ko dah gemukla skrg!"...pedih sgguh kenyataan tu...samala cam aku jgk...he3...
Saya dan Abang sekarang sedang gigih utk mendapatkn berat badan yang ideal...kononla kan..hikhikhik...
Org kata kalau rajin berusaha InsyaAllah akan dpt hasilnya...
Kami takla mengharapkan jd cam artis bollywood segala, cukupla dpt kempiskan perut dan turun beberapa kilo pn da kira Alhamdulillan...
Harus gigih berusaha dr sekarang...
Sumbangan pakcik google

Apa yang kami lakukan????
# ambil makanan dalam kuantiti yg sedikit.
# kurangkan minuman ber ais...eh td abg br minum ais...sy lum lg tau ;P
# memakai bengkung...abg pn pakai gak tau...;P
# minum cuka kurma bersama madu...utk melawaskan perut
# mkn pil kencana...sebagai agen pelawas gak ni.
# makan ulam-ulaman
# minum susu
# Menu diet yang sgt sesuai;

Fruit salad
Ehsan dr pakcik saya
Bahan-bahan:

2 biji apple merah dipotong dadu
2 biji apple hijau dipotong dadu
sebelah jer tembikai dipotong dadu
oren sunkist 1 biji atau 2 biji(ikut suka la) potong dadu jugak
anggur
fruit dressing ( mayonies untuk fruit salad)
yogurt rendah lemak perisa ikut kesukaan
kismis
carrot dimayang


Cara:

Gaul semua bahan dalam mangkuk...
dan simpan dalam peti lepas sejam atau dah sejuk boleh la dimakan....sedap sangat....and mengenyangkan...tak payah makan nasi...


Friday, 25 November 2011

Dinner @ JUSCO AU2 (Setiawangsa)

Assalamualaikum...


Mlm td rase cam malas nk masak...mentangla da dpt gaji (dush dush)...
Apalagi...mestila ajak Abg kuar makan dgn ma and adik skali...
Mkn katne...JUSCO AU2 (Setiawangsa)...
Tujuan asal mmg nk makan...
Dan ada tujuan lain gak...nk carikn ma 6pcs mug wif stand yg dia bkenan...
Cari pya cari xde kt jusco...
Sok lusa kena g carrefour...kt sn confirm ada.


kami mkn kt pizzahut...








selepas dah kenyang mkn...jln2 tgok lampu plak.


Pemandangan luar
tiram...
cik crab.
si mermaid yg seksi...xdicahayakan...takut jd controversi kot... 
si octopus yg jahat!...kt cni rupanya ko.
Jgn berani sentuh tau!


Terima kasih Abang sbb belanja kami makan...sayang sgt kt Abang...muahsss.


Thursday, 24 November 2011

Sharing is caring: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Assalamualaikum...


Hye kawan2...
Sekadar nak berkongsi maklumat dan pengetahuan yang berguna berkaitan dengan perubatan dan kesihatan.
Kawan2 bolehla ke berkunjung ke blog ini beberapa masalah berkaitan kesihatan mungkin akan terjawab di situ. 
Boleh juga dijadikan sebagai rujukan sementara sebelum ke hospital.
Banyak pengetahuan yang berguna saya perolehi di situ termasuklah mengenai "miscarriage" yang saya alami sblm ini dan berkaitan denga acid folic dsb.


Ops ...saya xdpt apa2 komisyen pn tuk promote blog ni jus nk share sesuatu yg berguna dgn kwn2..sharing is caring!
Sila klik link ini untuk melawat ke Blog Dr Zubaidi Hj Ahmad


Prevention is better than cure!!!..kata omputih..daa.



Wednesday, 23 November 2011

D.I.Y Doorgift

Assalamualaikum w.b.t.


Saya nak share door gift mase majlis kahwin aritu...majlis sebelah saya dan suami...lum terlambat lagi kan. Door gift saya simple2 je. Ada antara door gift yang kt belah saya, lupa nk amek pic. ;)


Door gift utk tetamu yg jumpa pengantin kat belah saya


Bunga telur utk tetamu

Utk my MIL

Majlis belah suami



Update....
Door gift utk semua tetamu 

Closed up


Tuesday, 22 November 2011

Syabas Malaysia!

Assalamualaikum w.b.t...


TAHNIAH UTK HARIMAU MUDA kerana telah berjaya “Ganyang” garuda!!




Malaysia bergelar juara sekali lagi bola sepak Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu. 




Apa yang dapat saya lihat dr persembahan malam td...ewah2 cam pengulas sukan plak ;p


Badrol menunjukkan aksi2 yang sgt menarik sebagai ketua pasukan dan layak bergelar pemain terbaik malam tadi.
Khairul Fahmi aka Apek seperti biasa persembahan sgt baik menjaga gawang MALAYSIA.

Semangat berpasukan yang tinggi oleh semua pemain melayakkan pasukan MALAYSIA utk peroleh kemenangan.

TAHNIAH SEKALI LAGI UTK HARIMAU MUDA.

Doa Untuk Ibu Bapa Sebagai Pembuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih Abah dan Ma atas jasa dan pengorbanan dalam mendidik dan menjaga saya dan adik2 sehingga berjaya. Begitu juga mak yang telah membesarkan abang dr kecil hingga menjadi manusia yg berguna.Tak terbalas jasa kalian. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah,

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,

- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya…..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita…..Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : ‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…….

Monday, 21 November 2011

Hari Jumaat 11.11.11 : Selamat Tinggal anak umi dan ayah

Assalamualaikum w.b.t.

Saya amek masa nak tulis entry ni.
terkiLan, sedey, sunyi, pilu, frust sume ada.....
agak berat untuk saya lalui..
tapi saya akur dgn setiap ketentuan dari-NYA...
Saya redha dgn semua ujiannye...bukan rezeki kami.
saya aggap ade hikmah disebaLik semua…Allah tahu apa yang terbaik untuk kami berdua.
DIA kan lebih bijak merencana segalanya…
mungkin kaLi ni bukan rezeki kami lagi....
saya keguguran dalam 11 minggu mengandung...
yup…aku mungkin bernasib baik …sebabnya…
saya keguguran secare normaL...”complete miscarriage” kata doctor..
tak D&C..!! Alhamdulillah…
Tapi sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai bakal seorang ibu..
saya sanggup lakukan apa saja untuk menyelamatkan anak umi…umi sayang anak umi…
hingga saat ini umi masih rindu anak umi dan ayah…
Maafkan umi…umi dah cuba sedaya upaya utk makesure anak umi selamat…tp apakan daya…
Umi hanya manusia biasa, tak dapat melawan takdir, Allah lebih menyayangimu anakku…
Allah tahu apa yang terbaik utk umi dan ayah…umi dan ayah du uji lagi…
Memang sgt2 berat….tp kami redha dan takkan berputus asa dan berdoa pada-NYA.
Sgt perit utk saya lalui cam mimpi dalm sekelip mata, baby da xde dalam my tummy..sedey sgt2!! jangan tanye saya macamane semua ni boLeh berLaku...saya sendiri tak pasti....

Pada tarikh 10/11/11 (klinik kesihatan Gombak setia)…
Hari pertama buat buku merah…

Perasaan sgt teruja sbb nk th keadaan anak umi…
Nurse2 kt situ sume friendly…suka sgt…
Kene jmpa doc sbb bgth ada bleeding mlm tu, tp da stop…
Doc scan tp x nmpk pape dlm my tummy, da cuak…tp doc cam bg harapan x nmpk maybe saya br lps kencing…tp psl bleeding doc advice kalu non stop suh refer hospital…
dalam hati bdoa…jgn ada pape kt anak umi…umi xsggup…

Dlm thari kat ofis…
Bleeding non stop….g klinik kt menara refer psl tu…
Doc wat surat n suruh refer kt hospital selayang…
Habis je office hour terus ke Hospital Selayang…
Sampai dalam pukul 7:00pm camtula…lps 2 jam baru dpt jumpa doc…tension sgt…tabahkan hati jgk sbb nk tahu condition baby…
Jumpa doc harris dia scan and still nampak “empty sac”…


Siyes kali ni mcm2 dlm kepala ni dok pk…
Doc bgth 2 kemungkinan je either baby da xde or masih lagi ada and mungkin xnmpk so kene scan lebih details lg…so dia ng appt dgn doc pakar pd 16/11/11…
sehingga ke tarikh tu aku dinasihatkn rehat kt umah dan byk2kn berdoa…semua yg bakal berlaku adalah ketentuan Allah…byk2kn berdoa…
Dgn kata2 doc tu aku cam lega sikit dan cam ada harapan lagi tuk selamat baby aku…tp saya still xdpt nk tipu diri sdiri…takut segala kemungkinan yg buruk…
Terkilan jgk sbb doc tak tahan kt ward, kalu dok kt hospital mungkin doc leh pantau keadaan saya…

Pada 11/11/11…ptg camtu….
Perut aku sakit sgt2…tak tahan…hanya Allah yg tahu…
Abg bwk saya ke hospital selayang…again…dlm kete aku tak tahan…aku da th cmne rase nk bersalin…
Abg suh saya mengucap byk2…siyes…dgn mengucap sgala kesakitan dpt dikurangkan…itulah Kebesaran Allah s.w.t…
Owh sgt2 frust dlm keadaan xleh jln n sakit2 pn…saya still kene ikut procedure cam biasa, kene
Refer kt out patient  dan still queue kat GREEN ZONE cam sblm ni…
Allhamdulillah bersyukur kerana dianugerahkan seorang suami yg sgt2 memahami dan dialah kekuatan utk umi terus bertahan.
Turn kami sampai…kali ni doc pompuan…lbh professional dan meyakinkan…dia check lg sekali dan rahmat Allah xsiapa tahu kan…mase dia scan skali lg dan nmpk sesuatu dlm my tummy…harapan lg…tp umi btl2 bersyukur sbb dpt tgok anak umi…syg skali sbb ayah xdpt nk tgok…
Saya dinasihatkan utk pulang dl dan tgu utk jmpa pakar pd 16/11/11 nti…xperlu warded doc kata…again…terkilan lg sekali…
Pulang dgn seribu harapan…walaupun dlm kete air mata laju berguguran cam hujan….
Sampai umah dlm pkul 8:00 mlm…..baby umi pergi utk selamanya…
Hanya Allah sahaja yg tahu perasaan hati ini…

Pilunya hati
Oh tuhan berikan padaku kekuatan
Di dalam kehidupan ini
Aku redha

Pada 12/11/11
Atas nasihat semua…keesokkannya aku g smula ke hospital selayang…again…
Doc pompuan yg lain pulak check dan scan…comfirm “complete miscarriage”...xperlu dok hospital…
Xperlu mkn ubat pape…saya blk umah…terase kosong not even my tummy but umah too…
Syukur Alhamdulillah saya masih ada suami yg sgt2 saya syg dan sumber kekuatan saya.
Alhamdulillah semua amek berat pasal dr saya (even ma abah adik beradik and ipar duai)…thaks so much semua.
Ma dtg dari jauh semata2 nk termankan kakak…kakak sayang ma…kakak xla rase kehilangan sgt bila ma ada kalau abg g ofis nanti…thanks ma…Hanya Allah yg dpt membalas segala pengorbanan ma…

Atas nasihat semua…12/11/11 mlm yg sama…
refer ke hospital sg buloh…utk dptkan rawatan selanjutnya plak…
kt hospital sg buloh aku teus di beri queue kt RED ZONE…
walaupn rmai org at least cpt dan lebih yakin…
jmpa doc dia truss uh refer kt pakar..
kene admitted kat wad...utk rawatan selanjutnya…
saat tu saya redha dan pasrah jer...
sakit dan rimas serta lenguh sebab tangan tak bleh nk bergerak sgt…

takutnye saya Allah saja yang tau...sepanjang mlm saya menangis dan terus menangis… siyes saya sangat tertekan...!!...rindu kt abang, rindu kt baby…
tapi.. abg penguat semangat...
sentiase sedia dan setia menemani sepanjang kat hosptal tu...Alhamdulillah 1hari je kene tahan kat ward bwh EPAUL…
after complete check and confirm yg  saya “complete miscarriage”…Alhamdulillah dpt keluar dr hospital…xsggup dah ok lama2 kt hospital…
doc yg rawat saya tu sgt friendly dan baik…kata2 dia cam dpt sejukkan hati saya skit…
dalam hati, bagus la doc ni walaupun Chinese tp cam muslim je kata2 yg terluah dr mulut dia…
biler abg bgth yg nama doc to dr Melissa goh Abdullah barulah saya tahu…Alhamdulillah bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w…
Mujurla ma ada kt umah temankan saya selama saya berpantang…
Walaupun keguguran saya kena berpantang sama mcm org bersalin…
saya masih tak boleh bergerak aktif dan lasak...saya harap.. semua ni akan cepat berakhir...
saya dinasihatkan doktor tuk kembaLi mengandung daLam tempoh 3 hingga 6 buLan selepas dah btl2 sembuh..
tolong doakan untuk saya ya kawan2 ...

saya anggap semua ni ujian untuk saya dan abang...
saat ni.. saya betul2 redha dgn setiap ketentuan dari-NYA..
Allah tahu apa yg terbaik utk kami....setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Abg  selalu cakap...segaLe  apa yang berlaku mungkin utk megajar kita supaya lebih berhati2 dan bersyukur dgn segala kurniaan Allah s.w.t...
dan juga sebagai panduan utk kita pada masa depan…InsyaAllah.
saya makin tabah utk menerima kenyataan atas apa yg berlaku...
saya yakin dengan rezeki-Nya....
terima kasih tuk suami tercinta...
yang sentiasa ade untuk beri sepenuh sokongan dan menemani saya setiap masa...
tak pernah mengeluh tuk melayan kerenah saya....yang begitu setia menjaga dan menasihati saya...
terasa kasih sayang dari abang melimpah ruah untuk saya...
terase segala kesakitan manjadi kurang...
Lagi sekali "terima kasih Abang..."
"terima kasih ma kerana sudi menjaga kakak..."


ss: kadang2 rindukan panggilan abang untuk baby kita…”baby camne harini?”…”baby chat?”….”baby baby”….Akan ada lg panggilan camni lagi selepas ini….InsyaAllah…Amin…sama2 kita berdoa ya bang…doakan kami dimurahkan rezeki ya kwn2.